web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

Menurut Masayu, filem seram Malaysia juga sangat hebat dan dia menyukai Maya Karin selepas menonton filem Pontianak Harum Sundal Malam

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2024 8:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon filem Paku Tanah Jawa yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam tempatan iaitu Masayu Anastasia mengakui dia sangat mengagumi aktres Maya Karin. 

Menurut Masayu, dia mengenali Maya Karin sewaktu terlibat dengan Festival Filem Asia Pasifik beberapa tahun yang lalu. 

"Saya pernah menonton filem Pontianak Harum Sundal Malam lakonan Maya Karin sewaktu Festival Filem Asia Pasifik dulu. 

"Filem seram Malaysia sangat bagus dan saya sangat menyukai Maya Karin. Dia sangat cantik," katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem Paku Tanah Jawa di ibu negara. 

Selain Masayu, filem yang diterbitkan oleh Armani Entertainment ini turut menampilkan dua pelakon dari Malaysia iaitu MK K-Clique dan Hasif Upin.

Dalam filem arahan Bambang Drias itu, Masayu harus beraksi bersama beberapa ekor ular sawa.

Ditanya tentang pengalamannya berlakon dikelilingi reptilia yang ditakuti ramai itu, kata Masayu dia 'bersahabat' dengan ular-ular tersebut sebelum memulakan penggambaran. 

"Disebabkan saya sudah 'bersahabat' dengan ular-ular tersebut, jadi perasaan takut itu sudah tidak ada lagi. 

"Kadang-kadang bila babak bersama ular tersebut sudah habis, saya akan terus bermain bersama ular tersebut. 

"Saya sering mengusik Bambang dengan membawa ular sepanjang lima meter itu kepadanya kerana dia seorang yang takut ular, tetapi dia menyuruh saya yang berlakon dengan ular. Setiap kali saya bawa ular itu dia akan lari," kongsinya. 

Filem Paku Tanah Jawa mengisahkan tentang seorang perempuan sundal yang mengamalkan ilmu hitam dan untuk itu dia harus meniduri lelaki agar kekal cantik. Kesemua lelaki yang ditidurinya pula akan mati dibunuh oleh ular sawa. - Getaran, 29 Jun 2024

Foto : Instagram

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 hari yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

oleh Rahayu MN