web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2024 8:52AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon sensasi, Ruhainies akhirnya bersuara di akaun media sosialnya selepas terpalit dengan kontroversi hebat sejak beberapa hari lalu. 

Dalam kenyataan yang dimuatnaik di Instagram itu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Fateha Zainul Ilyas, 32,  telah memohon maaf kepada Bella Astillah dan mengajak isteri kepada Aliff Aziz itu untuk bertemu empat mata bagi menyelesaikan segala kemelut yang melanda di antara mereka. 

"Assalamualaikum. Saya ada beberapa perkara untuk diperkatakan mengenai isu yang sedang berlaku ketika ini. 

"Saya pilih untuk berdiam diri selama ini bukan nak mengiya atau menidakkan. Niat saya adalah untuk mengelakkan perbalahan di media sosial dan mengeruhkan lagi keadaan. 

"Saya dengan rendah diri ingin memohon maaf kepada Bella Astillah atas segala yang berlaku. Saya ingin bertemu dengan Bella untuk selesaikan masalah ini agar kita dapat tutup buku dan teruskan kehidupan seperti biasa dengan gembira," tulisnya.

Ruhainies turut memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terpalit dan terkesan dengan isu yang berlaku.

Selain Bella, Ruhainies turut mengajak Sarah Yasmine untuk bertemu agar mereka semua dapat selesaikan masalah yang berlaku di antara mereka. 

"Saya harap Bella dan Sarah memberikan saya peluang  untuk bertemu mereka berdua.

"Sekali lagi saya mohon maaf di atas segala yang berlaku," tulisnya.

Terdahulu sejak Rabu lalu nama Ruhainies menjadi sohor kini di semua platform media sosial negara selepas wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendedahkan mesej mesej perbualan di antara Ruhainies dan Aliff Aziz.

Antara kandungan di dalam mesej tersebut adalah Ruhainies dan Aliff dilihat menggelar Bella dengan kata-kata kesat dan menyamakannya dengan haiwan. - Getaran, 26 April 2024

Foto : Instagram

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang