web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 8:29PM

gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Pelakon dan penyanyi sensasi,  Bella Astillah akui dia tidak terkejut dengan pendedahan oleh wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengaku dirinya adalah kekasih suaminya, Aliff Aziz.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, mengakui wanita berkenaan adalah wanita yang pernah menjalinkan hubungan dengan suaminya sebelum ini.

“Untuk perkara itu, saya tak terkejut sebab dia (Sarah) juga termasuk dalam senarai yang saya pernah cakapkan sebelum ini.

"Macam yang saya kongsi sebelum ini saya pernah letak perakam suara dalam kereta, jadi saya dah tahu siapa dia," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka anjuran Universal Music Malaysia.

Menurut Bella lagi, dia juga sudah berjumpa dengan Sarah kira-kira seminggu lalu selepas wanita berkenaan berkeras mahu menjelaskan isu itu kepadanya.

“Dia yang mencari saya dulu, dia hubungi dan mesej saya dan kami pun sudah berjumpa kira-kira seminggu yang lalu.

“Dia mengaku kesalahannya dan meminta maaf pada saya. Sekurang-kurangnya dia minta maaf.

“Sebab itu jugalah saya dan Sarah saling mengikuti satu sama lain di Instagram,” ujarnya.

Kongsi ibu kepada dua orang anak ini, dia juga agak terkejut dengan pendedahan dan pengakuan Sarah menerusi laman Instagram. Namun, menzahirkan rasa  syukur kerana pendedahan itu boleh dijadikan sebagai bukti yang cukup untuk dikemukakan di mahkamah.

“Saya tak tahu secara ‘detail’ tetapi bila baca apa yang diceritakan Sarah itu saya macam terkejut.

“Tetapi inilah kemanisan orang yang bersabar dan kebenaran itu datang dengan sendirinya ketika saya tengah sibuk bekerja.

“Sebenarnya saya dah berada di fasa ‘move on’ dah pun, saya mula bekerja dan sibukkan diri dengan anak.

"Dan mungkin Allah nak permudahkan di mana bukti-bukti untuk kes mahkamah ditambah lagi (dengan pendedahan Sarah),” katanya.

@getaranmy Bella Astillah mendedahkan bahawa dia telah berjumpa dengan Sarah Jasmine iaitu wanita yang membuat pendedahan mempunyai hubungan dengan Aliff Aziz. Bella Astillah juga terkejut dan sedih apabila mengetahui bahawa suaminya Aliff Aziz dan Ruhainies berpakat untuk menjatuhkannya dengan menyebar aib tentang dirinya demi mengaburi mata orang tentang kes khalwat. #GetaranMY #Semasa #terkini ♬ original sound - Getaran

Mengenai pendedahan Sarah mengenai mesej yang terkandung di dalam perbualan diantara Aliff dan Ruhainies, Bella berkata, dia terkejut dan tidak menyangka mereka berkomplot untuk menjatuhkannya.

"Sejujurnya saya sangat sedih. Terkejut baca mesej-mesej dalam Whatsapp tersebut. Ada mesej pesanan suara juga. Mereka nak menjatuhkan saya. 

"Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, mereka menggunakan kisah lama saya semata-mata untuk menutup kes khalwat mereka.

"Saya sedih bila pasangan sendiri yang sudah 10 tahun hidup bersama sanggup berkomplot dengan perempuan lain untuk jatuhkan saya.

"Tetapi menerusi perbualan mesej tersebut, boleh nampak Ruhainies yang tekan Aliff supaya dedahkan aib saya kepada umum," kongsinya. 

Pada awal minggu ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Jasmine tampil membuat pengakuan di Instagram bahawa dia dan Aliff sudah menjalin hubungan sejak Januari 2024.

Wanita tersebut turut berkongsi video Aliff mencium pipinya dan mendedahkan beberapa perbualan mesej di antara Aliff dan Ruhainies yang didakwa berkomplot untuk menjatuhkan Bella Astillah. - Getaran, 24 April 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali, Termasuk Dengan Adiknya

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang