web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali, Termasuk Dengan Adiknya

Pendedahan mengejutkan itu dibuat selepas Bella mendakwa Ruhainies dan Aliff cuba menjatuhkannya dengan kisah curang bersama pelakon baharu, Muaz Zabir 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2024 9:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

"Bukan lima kali, tetapi 11 kali Aliff curang termasuklah dengan adik kandung saya sendiri", demikian pendedahan Bella Astillah dalam satu sidang media, hari ini.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat selepas Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabella, 30,  mendakwa Ruhainies dan Aliff cuba menjatuhkannya dengan kisah curang bersama pelakon baharu, Muaz Zabir sehari sebelum tarikh penceraiannya.

"Saya akui, saya menjalin hubungan dengan pelakon baharu tersebut kerana saya ingin buat Aliff cemburu.

“Saya akui kekhilafan saya dan telah pun bertaubat. Saya pun sudah berbaik dengan Aliff dan dia pun sudah maafkan saya.

"Tetapi selepas dia berlakon dengan Ruhainies, perangainya tiba-tiba berubah.

“Dia juga tukar 'password' dan selalu tak balik rumah. Saya setiap hari tunggu dia balik, tetapi saya tak pernah kongsi di media sosial.”

"Walaupun ada yang memberitahu saya bahawa mereka lihat kemesraan Aliff dan Ruhainies lain macam, tetapi saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana Ruhainies adalah teman baik saya dan kami pernah ke Korea bersama-sama dan tidur  sebilik," katanya.

Namun, kata Bella, sebagai wanita, dia akhirnya memberanikan diri untuk melihat alat pengesan GPS dan terkejut apabila mendapati sudah lapan kali Aliff pergi ke rumah Ruhainies.

"Saya pernah  telefon Ruhainies dan beritahu dia Aliff tak balik lagi selepas penggambaran.

“Tetapi Ruhainies kata mungkin Aliff pergi beli makanan. Padahal waktu itu saya lihat kereta Aliff berada di rumahnya.

"Saya juga pasang alat perakam dalam kereta dan punya bukti perbualan mereka berdua yang sangat mengaibkan," dedahnya. 

Kongsi Bella lagi, Aliff juga pernah memberitahunya bahawa dia sudah tidak punya apa-apa perasaan terhadapnya dan ingin bercerai pada Februari  lalu. 

gambar fail
gambar fail

"Saya tertanya-tanya kenapa semua ini harus berlaku sedangkan kami sudah pun berbaik dan telah pun bercuti sama-sama. Saya merayu dengan dia.

“Saya tidak mahu bercerai kerana tidak mahu anak-anak saya menjalani kehidupan tanpa punya keluarga yang sempurna.”

"Akhirnya saya buat solat istikharah dan Allah tunjukkan jalan kepada saya selepas mereka ditangkap khalwat.

"Selama ini ramai yang cakap saya perempuan bodoh kerana masih mahu rujuk dengan Aliff selepas apa yang dia buat pada saya.

"Saya sehingga sanggup buang ahli keluarga saya sendiri iaitu adik kandung saya, kerana Aliff juga pernah curang dengannya.

“Allahuakbar. Tetapi kali ini, saya tak akan pilih jalan yang salah lagi," kongsinya. 

Bella turut memberi amaran kepada Ruhainies bahawa karma pasti berlaku satu hari nanti. 

"Awak belum pernah berkahwin, belum pernah jadi isteri, belum pernah jadi ibu,. Tolong ingat perkara ini, satu hari nanti Ruhainies akan rasa apa yang saya rasa," tegasnya.  

Bella dan Aliff akan bercerai esok pada jam 12 tengah hari di Mahkamah Syariah Jalan Duta Kuala Lumpur.  – Getaran, 3 April 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Kes Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang