web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2024 4:38PM

Aliff Aziz (kiri) dan Ruhainies hadir ke mahkamah dengan diiringi peguam masing-masing - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan aktor kelahiran Singapura,  Aliff Aziz dan aktres Ruhainies hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat. 

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad  Aliff Aziz, 33 dan Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Abu Suffian Abu Yaziz di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa berdua-duaan dalam situasi yang boleh menimbulkan syak di sebuah unit kondominium di Bukit Bintang, di sini.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan pada jam 12.35 tengah malam, 9 Mac lalu.

Untuk kesalahan itu, Aliff didakwa di bawah Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 manakala Ruhainiea berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 27(b) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Hakim menetapkan 17 Oktober ini sebagai tarikh sebutan.

Aliff dan Ruhainies kedua-duanya diwakili peguam Abdul Hadi Mohamad Salleh dan Muhammad Amirul Ashraf A.Ghani.

Pendakwaan pula dijalankan Pendakwa Syarie,Masroha Duki dan Mohd Nahar Mohamad dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Media sebelum ini melaporkan, pihak berkuasa terpaksa menunggu hampir tiga jam pada hari kejadian sebelum kedua-duanya membuka pintu. 

Insiden tersebut turut meruntuhkan mahligai perkahwinan dibina Aliff bersama isterinya, Bella Astillah yang juga seorang pelakon.

Pasangan tersebut sah bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun lalu. - Getaran, 3 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

DSP Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar Tingkatan 5

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Isu Kasino Forest City: Chegu Bard Tak Mengaku Salah Terbit Kenyataan Menghasut

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang