Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

Bagi Erma, industri hiburan tanah air menjadi huru hara ekoran masalah yang dicetuskan oleh orang luar, jadi sebaiknya Sarah dan Aliff pulang ke Singapura, seterusnya selesaikan isu terbabit di negara asal mereka 

Selebriti Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2024 4:33PM

gambar Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima menggesa supaya Sarah Yasmine pulang ke negara asalnya, Singapura selepas menghuru-harakan industri hiburan Malaysia.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 56, berkata demikian kerana kesal dengan perbuatan wanita itu yang tidak henti-henti membuka aib artis di Malaysia demi kepentingan dirinya sendiri.

"Seorang perempuan kecewa ditinggalkan kekasih, orang luar bukan orang Malaysia masuk ke dalam negara aku buat kenduri selak kain dan semua orang raikan. Sedangkan masalah kau adalah dengan artis dari negara kau.

"Balik negara kau selesaikan di negara kau. Jangan jatuhkan maruah orang di dalam negara aku. Jangan datang ke negara aku dan musnahkan industri hiburan negara aku. 

"Jadi sila berambus daripada Malaysia kerana kedua-dua yang terlibat adalah artis luar. Tak perlu nak selak kain artis-artis Malaysia," katanya ketika ditemui di majlis tayangan episod akhir drama Lelaki Itu. 

Tambah pengarah filem Embun ini lagi, dia turut meminta supaya semua artis yang terlibat dengan isu berkenaan membuat laporan polis agar perkara ini dapat dihentikan segera.

"Artis-artis yang terlibat dengan isu ini sila keluar buat laporan polis untuk hentikan Sarah Yasmine. Anda ada hak untuk lakukan itu. 

"Kepada Aliff Aziz tolong jadi 'gentleman'. Munculkan diri dan selesaikan masalah ini. Jangan diamkan diri selepas apa yang kau buat.

"Lepas kau berak sana kau berak sini lepas tu kau blah. Cantik muka kau! Kau berak kat dalam negara aku pula tu. 

"Kau juga ada hak untuk hentikan Sarah dengan membuat laporan polis," tegasnya. 

@getaranmy Erma Fatima menggesa agar Sarah Yasmine berambus dari Malaysia dan hentikan kenduri selak kain artis tempatan. #GetaranMY #Semasa #terkini ♬ original sound - Getaran

Pada masa sama, Erma menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (MCMC) supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan isu berkenaan dengan secepat mungkin.

"Jika MCMC boleh panggil Datuk Aliff Syukri kerana isu muzik video lagu raya, panggil saya dan Zul Ariffin kerana isu drama Perempuan Itu, kenapa tidak isu yang sedang berlaku ini? 

"Saya sendiri telah menghantar e-mel kepada Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil supaya beliau segera mengambil tindakan. Saya harap dia baca," katanya.

Sejak minggu lalu, industri hiburan Malaysia digemparkan dengan pendedahan berani mati oleh wanita warga Singapura yang dikenali sebagai Sarah Yasmine. 

Sarah yang mendakwa dirinya adalah kekasih gelap Aliff Aziz, mendedahkan pelbagai mesej perbualan Aliff dan Ruhainies serta Sophia Albrakbah yang dikatakan mempunyai hubungan dengan penyanyi itu. 

Pendedahan berkenaan turut membabitkan pelakon muda Meerqeen, Emma Maembong, Chacha Maembong, Anna Jobling dan beberapa nama lagi. - Getaran, 30 April 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 minggu yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali, Termasuk Dengan Adiknya

3

Selebriti 2 bulan yang lalu

Bella Astillah Nekad Bercerai Dengan Aliff Aziz

4

Selebriti 2 bulan yang lalu

Aliff Aziz Sekali Lagi Terpalit Kes Khalwat Dengan Pelakon Wanita

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Jenama Pro Israel

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pempengaruh, Ceddy Ang Layak Dipuji, Tak Pernah Berhenti Menyokong Palestine

Bagi Ceddy, konflik di Palestine bukanlah semata-mata isu agama, tetapi ia adalah hal kemanusiaan. 

oleh Rahayu MN