web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bella Astillah Nekad Bercerai Dengan Aliff Aziz

Aliff setuju untuk berpisah tetapi gagal hadir ke mahkamah kerana sibuk dengan penggambaran

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2024 4:02PM

Bella Astillah. gambar X Cinderbella

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 29, akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya aktor Aliff Aziz, 33, selepas lelaki itu sekali lagi terpalit dengan kes khalwat pada minggu lalu.

Bella memfailkan penceraian terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu dengan ditemani oleh ibunya, Zarinah Astillah dan adiknya, Didi Astillah.

Bagaimanapun, sebutan pertama kes berkenaan tidak dapat diteruskan kerana Aliff  tidak hadir diri di mahkamah.

Menurut peguam yang mewakili Bella, Azmi Mohd Rais, sebutan semula kes berkenaan akan diadakan pada 4 April hadapan.

Sementara itu, Bella yang ditemui oleh pihak media memberitahu, dia berpendapat selepas apa yang berlaku, perceraian adalah jalan terbaik untuk dirinya dan juga Aliff.

"Sebenarnya, saya rasa ini adalah jalan terbaik untuk saya. Seperti mana semua tahu, kami pernah rujuk sebelum ini. Jadi, saya fikir, dengan memilih jalan masing-masing, ini mungkin yang terbaik untuk diri Aliff dan saya,” ujar Bella.

Bella Astillah ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. gambar Instagram bellaastillah
Bella Astillah ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. gambar Instagram bellaastillah

Tambah Bella lagi, dia nekad untuk bercerai kerana sudah banyak peluang diberikan kepada Aliff sebelum ini.

“Saya nekad kerana banyak ruang dan peluang sudah diberikan. Bagaimanapun Aliff tetap ayah kepada dua anak Bella.

“Tak semestinya cinta itu harus memiliki. Kita doakan daripada jauh," luah Bella.

Dalam masa yang sama, Bella juga berharap agar urusan penceraiannya bersama Aliff dipermudahkan dan dipercepatkan.

"Saya cuma mahu dipermudahkan urusan. Lagi-lagi bulan Ramadan ini, saya mahukan ia berjalan dengan lancar,” ulas Bella.

Peguam Bella turut memaklumkan bahawa Aliff bersetuju untuk bercerai, namun tidak dapat dapat menghadirkan diri kerana terlibat dengan penggambaran pada hari ini.

“Hari ini adalah tarikh bagi sebutan pertama bagi kes tuntutan cerai. Bella telah menfailkan kes ini pada Isnin secara ekspres. Kami dapat berita yang Aliff setuju, tetapi pada hari ini beliau maklumkan yang dia ada penggambaran, jadi saya mohon sebutan seterusnya pada 4 April," ujar beliau.

Awal pagi Sabtu lalu, Aliff dan pelakon Ruhainies ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur atas kesalahan khalwat.

Mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan pada sekitar jam 2 petang pada hari yang sama

Baik Aliff mahupun Ruhainies, masing-masing tidak memberikan kenyataan rasmi kepada pihak media, namun membuat beberapa kenyataan di Instagram Story masing-masing. Bahkan, Ruhainies mendakwa laporan pihak media adalah tidak tepat dan mengatakan ia bukan kes tangkap basah. – Getaran, 13 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Kes Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang