web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2026 2:21PM

Fadhlina Sidek - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Semua ibu muda yang menjadi mangsa kesalahan seksual harus kembali menyambung pendidikan sebaik selepas menghabiskan tempoh berpantang.

Menegaskan perkara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendidikan bukan satu perkara yang harus diambil mudah kerana ia adalah tunjang kehidupan.

Menurut beliau, pendidikan juga adalah kunci untuk mangsa membebaskan diri dari kitaran keganasan dan kemhali menjadi insan. 

“Mereka harus kembali menyambung pendidikan mereka selepas habis pantang.

“KPM (Kementerian Pendidikan) biasanya akan membantu anak-anak ini kembali ke sekolah dan memastikan mereka mengambil SPM tanpa keciciran pendidikan,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Kenyataan Fadhlina merujuk kepada pelbagai isu menyelubungi ibu muda, termasuk insiden terbaru di Johor melibatkan seorang ibu berusia 22 tahun, Nuran Batrisya Jamaludin yang mengaku bersalah menyebabkan kematian bayi perempuannya. 

“Berita begini sangat menghibakan saya. Apatah lagi sebagai seorang aktivis yang pernah mengendalikan kes-kes sebegini. 

“Ketika saya dan rakan-rakan mengusahakan rumah perlindungan gadis hamil luar nikah, Bayt Al- Rahmah, tiada lain niatnya melainkan mahu membantu, mendidik dan menyokong gadis-gadis yang terlanjur ini ke arah kebaikan dan memastikan pendidikan mereka diteruskan,” katanya. 

Jelas Fadhlina, ibu bapa dan keluarga perlu sentiasa cakna dengan sebarang perubahan melibatkan anak mereka, bagi memastikan sebarang kehamilan luar nikah dapat ditangani pada kadar segera.

“Sebaik sahaja mendapat tahu mereka mengandung, bawa mereka ke pusat kesihatan/klinik desa berhampiran untuk membuka buku pink. Fokus kepada kandungan dan kesihatan anak gadis ini terlebih dahulu. Lebih muda usia anak-anak ini, lebih kritikal kandungan dan kesihatan mereka. Semua sistem perkhidmatan kesihatan kerajaan bersedia dan mempunyai kepakaran ini,” katanya.

Beliau mengulas lanjut, ibu bapa saat berdepan situasi seumpama itu lazimnya berada dalam dilema untuk menentukan penjagaan anak ketika hamil. 

“Ada rasa malu,marah dan amuk yang tidak terungkap. Sabar. Sabar. Sabar. Disinilah peranan Bayt Al- Rahmah untuk melindungi anak-anak ini. Mereka akan ditempatkan di rumah perlindungan yang selamat sehingga saat melahirkan. Kerajaan juga menyediakan sokongan perlindungan yang sama. Boleh rujuk JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) untuk dapatkan perlindungan dibawah institusi kerajaan.

“ (Buat) Laporan polis. Ini yang selalu saya bising-bising. Jika anak bawah umur, tidak kiralah suka sama suka atau tidak, laporan polis mesti dibuat. JANGAN TARIK BALIK. PDRM mempunyai bahagian D11 yang akan fokus kepada kes-kes sebegini,” tegasnya. - Getaran, 4 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

2

Pendidikan 7 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

3

Rencana 8 bulan yang lalu

Puan Menteri, Berhentilah Beralasan Demi Anak-Anak Bangsa! 

4

Semasa 9 bulan yang lalu

KPM Beri Sokongan Emosi Kepada Pelajar Perempuan Disyaki Mangsa Rogol

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran