web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Beri Sokongan Emosi Kepada Pelajar Perempuan Disyaki Mangsa Rogol

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2025 2:09PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kementerian Pendidikan akan memberikan sokongan emosi kepada pelajar tingkatan tiga yang disyaki menjadi mangsa salah laku seksual di sebuah sekolah di sini, minggu lepas.

Menteri berkenaan Fadhlina Sidek berkata ketika ini, remaja perempuan itu sedang menerima rawatan di sebuah hospital dan mendapat sokongan emosi daripada petugas perubatan.

"Jadi, semuanya telahpun diambil tindakan oleh bahagian masing-masing, khususnya untuk perlindungan kanak-kanak (remaja) ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan kepimpinan Jabatan Pendidikan Melaka dan polis Melaka di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad, Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka Mahfudzah Mohamed Noor dan Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar.

Beliau berkata kementerian turut menguruskan perkara berkaitan disiplin dan sokongan emosi kepada guru serta pelajar di sekolah berkenaan.

"Kaunselor akan turun memberikan sokongan penuh kepada warga sekolah dan anak-anak...kita beri tumpuan penuh kepada guru yang mengajar dan anak-anak yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Hal itu yang kita utamakan ketika ini, persiapan mereka untuk menghadapi SPM supaya tidak terganggu dengan kes ini," katanya sambil menambah kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan undang-undang selanjutnya.

Mengulas mengenai empat pelajar lelaki itu pula, Fadhlina berkata mereka akan dibenarkan mengambil peperiksaan SPM bermula pada 3 November ini.

Semalam, Dzulkhairi mengesahkan empat pelajar tingkatan lima direman enam hari bermula dari semalam hingga 16 Oktober selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di sini minggu lepas.

Kejadian terbabit dikatakan berlaku kira-kira pukul 2.50 petang pada 2 Oktober lepas di dalam sebuah kelas di sebuah sekolah dan perbuatan itu dirakam menggunakan telefon bimbit oleh dua daripada suspek.

Insiden itu terbongkar selepas ibu mangsa menerima maklumat mengenai penyebaran video berkenaan daripada guru sekolah sebelum membuat laporan polis. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 3 hari yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 3 hari yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad