web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


EKSKLUSIF: Kalau FINAS Bagi Dana, Kita Mungkin Menang Anugerah Oscar

Membabitkan geran filem 'Angel of Sandakan' yang tiba-tiba dibatalkan. Adakah FINAS benar-benar menguburkan filem Malaysia berpotensi menang Anugerah Oscar ini?

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2021 4:59PM

Tangkapan layar 'trailer' cadangan filem 'Angel of Sandakan'

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ini cerita yang hangat diperkatakan beberapa minggu kebelakangan ini membabitkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan satu projek filem oleh PETRA Vision Works.

Terdahulu FINAS telah memberikan geran kepada produksi berkenaan untuk menghasilkan naskah filem bertajuk Angel of Sandakan. Tidak ada angin atau ribut, tiba-tiba sahaja geran tersebut ditarik balik sekali gus menimbulkan rasa syak dan persoalan ramai orang.

Terdahulu, Pengarah Eksekutif Petra Media, Datuk Afdlin Shauki memaklumkan jalan cerita dan plot filem ini telah disusun kemas serta mengangkat tema sejarah situasi sebenar yang terjadi di Sabah ketika Perang Dunia Kedua.

Jalan cerita filem ini juga dikatakan telah berjaya mencuri hati dan perhatian pembikin filem antarabangsa sekali gus memberikan harapan tinggi bahawa Angel of Sandakan berpotensi besar untuk memenangi anugerah berprestij Oscar. 

Bukan itu sahaja, semasa sesi perbentangan kepada FINAS, Afdlin dan pasukannya tidak hanya menyediakan kertas kerja dan jalan cerita yang biasa dilakukan oleh semua pembikin filem.

Malah mereka juga telah bekerja keras menghasilkan trailer animasi untuk filem tersebut. Hasilnya, memang FINAS menyambut baik cadangan filem tersebut apalagi filem tersebut bakal membawa aura serupa dengan filem bertemakan aksi perang seperti Rescue Dawn atau Unbroken.

 

Jalan cerita Angel of Sandakan

Filem ini menceritakan pengalaman seorang gadis Sabah yang menyelamatkan nyawa seorang tahanan dari Australia pada Perang Dunia Kedua. Sabah pada waktu itu sedang dijajah oleh tentera Jepun dengan kejam.

Dalam filem ini juga menunjukkan bagaimana ngerinya kematian tahanan 2,500 warga Australia kerana harus menempuh perjalanan maut sepanjang 161km melalui hutan hujan Ranau. Peristiwa bersejarah itu dipanggil Sandakan Death March atau Perjalanan Maut Sandakan.

Tentera Jepun memutuskan untuk membina lapangan terbang tentera di Pelabuhan Sandakan bagi melindungi kawasan minyak yang ditawan mereka di Borneo. Namun para tahanan ini tak dapat bertahan dan ramai yang mati akibat penyakit, didera serta kekurangan zat makanan.

Selepas itu, akibat letupan bom di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun harus menguburkan impian mereka untuk meneruskan kerja pembinaan landasan lapangan terbang.

Filem ini telah menerima lampu hijau oleh FINAS pada 2018 dan geran telah diberikan untuk proses perkembangan skrip. Ia sepatutnya menjadi projek perintis di bawah perjanjian antara produksi Malaysia-Australia yang bakal mengangkat filem ini untuk ditayangkan di kedua-dua buah negara. 

Namun selepas 3 minggu Afdlin mengumumkan berita penyertaannya dalam parti politik PKR, tiba-tiba FINAS menarik balik geran tersebut dengan alasan tidak mengikut syarat yang ditetapkan. - Getaran, 10 Mei 2021

Terjemahan: Wafa Awla

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Muzik 4 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...