web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Tentang Kita, Ada Apa Denganmu, Ku Katakan Dengan Indah, Mungkin Nanti dan Bintang di Surga

Muzik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2026 2:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hampir 18 tahun tidak membuat persembahan di Malaysia dan Singapura, kumpulan Peterpan bakal mengubati kerinduan peminat mereka menerusi konsert yang dijadualkan di kedua-dua negara itu bulan depan.

Konsert The Journey Continues: Peterpan, Semua Tentang Kita akan berlangsung di The Star Theatre, Singapura pada 3 Julai sebelum diteruskan di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor pada 11 Julai.

Penganjur konsert merangkap Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aloka Budi Aloka berkata idea penganjuran konsert tercetus selepas melihat sambutan luar biasa terhadap persembahan Peterpan di Bandung, Indonesia tahun lepas, membuktikan lagu-lagu kumpulan itu masih mendapat tempat di hati peminat meskipun telah berusia hampir dua dekad.

"Kami melihat karya-karya Peterpan masih didengar, dinikmati dan dirasakan oleh jutaan orang sehingga hari ini.

"Jadi kami mahu meraikan semula lagu-lagu yang menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup ramai pendengar, selain memperkenalkannya kepada generasi baharu," katanya pada sidang media antarabangsa menerusi telesidang di Jakarta, Kuala Lumpur dan Singapura baru-baru ini.

Budi berkata konsert itu akan menampilkan kira-kira 21 lagu daripada tiga album pertama Peterpan, termasuk beberapa karya yang pernah melonjakkan nama kumpulan tersebut di Indonesia dan rantau ini.

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Tentang Kita, Ada Apa Denganmu, Ku Katakan Dengan Indah, Mungkin Nanti dan Bintang di Surga.

Menurut beliau, konsert itu juga bakal menampilkan beberapa penyanyi dari Indonesia dan Malaysia yang dipilih berdasarkan keserasian mereka dengan karya-karya Peterpan, antaranya Marcello Tahitoe, Tantri Syalindri, Rony Parulian, Arda Hatna dan Charly Van Houten serta penyanyi popular Malaysia Hael Husaini.

Dalam pada itu, penganjur bersama merangkap Pengarah Black Sky Enterprise, Thata Joyce Sigar berkata ketiadaan vokalis utama Peterpan, Ariel dalam konsert berkenaan adalah kerana penyanyı berkenaan masih dalam tempoh rehat panjang daripada aktiviti berkumpulan.

"Dia baru saja menyelesaikan filem terbarunya, Dilan: ITB 1997. Dia tidak ada di Peterpan, dia tidak ada di Noah dan sedang berehat daripada band," katanya.

Thata berkata kemunculan semula Peterpan turut membuka peluang kepada anggota kumpulan itu untuk kembali aktif dalam dunia muzik serta memperkenalkan karya mereka kepada generasi baharu.

"Ini juga bererti Ariel membuka peluang kepada generasi selepas beliau dan sahabat-sahabat Peterpan untuk kembali ke dunia muzik dan hiburan dengan keunikan muzik mereka, muzik akustik mereka dan lirik lagu yang sederhana tetapi melekat di hati," katanya.

Sementara itu, Hael Husaini berkata beliau berbesar hati diberi peluang menyertai konsert berkenaan dan membawakan lagu-lagu Peterpan yang pernah menghiasi kehidupan ramai peminat muzik di rantau ini.

"Saya membesar dengan lagu-lagu mereka. Dapat berkongsi pentas dan menyanyikan karya yang menjadi fenomena di rantau ini merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna," katanya.

Tiket bagi konsert di Singapura kini boleh dibeli menerusi SISTIC, manakala tiket konsert di Malaysia pula dijual melalui Ticket2U dan Fantopia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 5 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel