web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

Video & Galeri Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2026 2:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - FamilyMart Malaysia tampil memohon maaf susulan insiden tular yang melibatkan seorang penunggang penghantar makanan disimbah sup panas, ketika berlaku pertengkaran di salah sebuah cawangan mereka.

Rangkaian kedai serbaneka itu memaklumkan, pihaknya kesal dengan kejadian tersebut serta kelewatan dalam memberikan perkembangan berhubung isu berkenaan. 

FamilyMart turut menegaskan, mereka sedang memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan.

Menurut syarikat itu, siasatan dalaman turut dilancarkan bagi meneliti punca dan keadaan membawa kepada pertikaian tersebut, yang telah mendapat perhatian meluas pengguna media sosial.

“FamilyMart Malaysia menegaskan bahawa kami tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tingkah laku kasar, tidak selamat atau tidak menghormati mana-mana pihak termasuk pelanggan, kakitangan, penghantar makanan dan rakan perniagaan di premis kami.

"Kami tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan yang sewajarnya dan kekal komited memastikan semua premis kami menjadi ruang yang selamat serta saling menghormati untuk semua,” menurut kenyataan itu.

FamilyMart turut memaklumkan, pihaknya telah mengingatkan semua pekerja mengenai standard perkhidmatan pelanggan  sewajarnya, serta prosedur latihan yang perlu dipatuhi susulan kejadian tersebut.

“Terima kasih atas kesabaran, keprihatinan dan sokongan anda,” tambah kenyataan itu.

Kontroversi terbabit tercetus selepas satu rakaman video berdurasi 23 saat tular di media sosial sejak 28 Mei lalu, memaparkan pertengkaran antara seorang penunggang penghantar makanan dan seorang pekerja FamilyMart.

Berdasarkan satu hantaran di Thread yang dipercayai dimuat naik penunggang terbabit, pertikaian itu berlaku selepas dia bertanyakan mengenai pesanannya kepada pekerja berkenaan, sebelum situasi menjadi tegang dan berakhir dengan dirinya disimbah sup panas. 

Bagaimanapun, punca sebenar yang mencetuskan pertikaian itu masih belum dapat dipastikan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti kronologi penuh kejadian. 

Rakaman video kejadian boleh disaksikan menerusi pautan https://www.facebook.com/reel/1008668824959471/?fs=e&s=TIeQ9V&fs=e&mibextid=wwXIfr - Getaran, 6 Jun 2026

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel