web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2026 9:32PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU Sebanyak 45 jentera pengorek dirampas dalam operasi membanteras aktiviti perlombongan emas haram di Kelantan setakat ini, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Beliau berkata rampasan itu membuktikan kerajaan negeri bersama dengan agensi penguat kuasa sentiasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menjalankan aktiviti perlombongan tanpa kebenaran.

"Ketika ini, penguatkuasaan tertumpu di kawasan Lojing, Aring, Jeli dan Kuala Krai yang dikenal pasti sebagai antara lokasi berisiko berlakunya kegiatan perlombongan haram.

"Kami menafikan dakwaan bahawa pihak berkuasa tidak tegas dalam mengambil tindakan terhadap aktiviti perlombongan haram di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mohamed Fadzli berkata kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan agensi berkaitan bagi memastikan aktiviti perlombongan haram dapat dibanteras secara berkesan.

Beliau berkata pihaknya turut menerima maklumat dan laporan daripada Pejabat Tanah dan Galian bagi membantu tindakan penguatkuasaan di kawasan yang dikenal pasti.

Baru-baru ini, dua lelaki maut selepas tertimbus dalam runtuhan tebing tanah ketika menjalankan aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai berhampiran Ladang Sawit Jerimbong, Jeli. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar