Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Geram Isu Dana, U-Wei Hantar Surat Terbuka Kepada Ahmad Idham dan FINAS

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2021 7:54PM

Gambar: Ihsan U-Wei Hj. Saari dan Instagram Ahmad Idham

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya dana FINAS ada pengkritik baharu. Mula-mula isu dana perfileman dipersoalkan oleh Datuk Afdlin Shauki Aksan untuk filemnya Angel of Sandakan

Kini, pengarah tersohor U-Wei Hj. Saari telah menulis surat terbuka kepada Ketua Pegawai Eksekutif  FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia), Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri mempersoalkan keputusan akhir Dana Filem Kenegaraan untuk karyanya, Wangi Jadi Saksi

Menurut surat terbukanya yang diutuskan petang tadi, permohonannya untuk Dana Filem Kenegaraan telah ditolak tanpa sebab. 

Berita penolakan itu dikirimkan lewat e-mel dan disampaikan kepada pengarah itu oleh penerbit, Datuk Azmir Saifuddin yang juga merupakan mantan Penolong Ketua Pengarah FINAS.

Kenapa agaknya permohonan daripada pengarah sehebat U-Wei boleh ditolak? Dalam warkahnya, beliau ada ‘membuka cerita’ tentang beberapa perkara. 

 

Penolakan Untuk Penolakan?

Dalam surat terbuka ini, U-Wei ada berkongsi dua pengalamannya yang mungkin secara tidak langsung memberi impak kepada keputusan yang telah dibuat. 

Yang pertama adalah perjumpaannya bersama pelakon Ellie Suriati pada bulan Februari. Pada perjumpaan itu, Ellie mendesak U-Wei untuk mengepalai persatuan pengarah yang baharu. 

“Salah satu tujuan penubuhan persatuan baharu itu adalah untuk memadamkan persatuan pengarah yang telah ada iaitu FDAM yang diketuai Saudara Ahmad Ibrahim,” tulisnya dalam surat itu. 

Penubuhan persatuan pengarah baharu menurutnya telah dicadangkan oleh Ahmad Idham sendiri. U-Wei menolak permintaan mengetuai persatuan baharu itu selepas mendengar penjelasan yang panjang lebar daripada Ellie. 

Pengalaman kedua adalah apabila pengarah itu mendapat pesanan Whatsapp dari pihak FINAS pada bulan Mac yang mengatakan YB Menteri Komunikasi dan Multimedia dan juga Ketua Pengarah FINAS akan membuat lawatan sesi ziarah FINAS PRIHATIN ke rumah pengarah filem.

Nama pengarah Othman Hafsham juga disebut dalam pesanan itu. 

U-Wei menyatakan keberatannya untuk berada dalam situasi sekadar memberi token seolah-olah memperagakan tokoh-tokoh filem dengan bergambar dengan cek (nilai selalunya dalam lingkungan RM1000) bersama menteri dan pegawai-pegawai FINAS yang sepertimana kerap dilakukan. 

“Seperti saya katakan seniman harus ditolong tetapi bukan dengan cara begini. Ini ada saya tulis/perjelaskan kepada puan Jame dari FINAS untuk diterangkan kepada pihak menteri dan saudara,” katanya. 

 

Ditolak Kerana Pitching Tidak Bagus? 

Mengikut pemahaman kami, U-Wei menghantar permohonan untuk Dana Filem Kenegaraan, dan tajuk karyanya ialah Wangi Jadi Saksi. 

Pitching telah diadakan pada 16 Mac secara maya menggunakan aplikasi Zoom pada pukul 3 petang dan berjalan dengan lancar. 

Menurut surat U-Wei, hadir bagi pihaknya adalah dirinya sendiri, Datuk Azmir Saifuddin dan Encik Azman Azahar.  

Dari pihak FINAS ada Mohd Fazli Abdul Aziz dengan dua orang ahli akademik; seorang profesor dan seorang doktor. 

Tidak ada satu soalan ditanya semasa pembentangan dan setelah pembentangan, pengarah filem Jogho ini bertanya lagi jika ada soalan atau keraguan dan mereka dari FINAS hanya menunjukkan ibu jari sebagai tanda semuanya baik. 

“Saya tekankan di sini mereka dipilih FINAS ini adalah orang-orang pakar yang dipercayai. Orang ilmuan yang saya dihormati,” jelas U-Wei. 

Namun selepas menerima berita permohonan ini ditolak tanpa alasan, U-Wei mempersoalkan penglibatan Ahmad Idham dalam pembentukan keputusan akhir.

“Saya pasti anda (Ahmad Idham) bukan sahaja sudah termaklum akan projek ini tetapi telah juga tahu tentang keputusannya. Atau dengan cara langsung mahupun tidak anda ada memain peranan dalam keputusan itu.

“Ini saya katakan begitu dari tangkapan sumber FINAS yang mengendalikan dana ini apabila beliau menyebut akan ‘…kerana keputusan dari atas.’ Dan ‘immediate boss’ beliau adalah saudara sendiri,” tulisnya pada awal surat. 

“Saya tidak faham akan campur tangan anda sebagai Ketua Pengarah dalam menentukan keputusan setelah kebijaksanaan yang diamanahkan kepada pegawai anda dan kedua-dua orang pakar tadi. 

“Saya juga tidak nampak bijaknya sumbangan anda di peringkat akhir dalam keputusan selain menunjuk kuasa anda yang ada,” tambahnya dalam bahagian lain surat itu. 

“Ayat penuh yang disebut oleh sumber FINAS adalah, ‘Kami semua sokong projek ini tetapi kerana ada keputusan dari atas.’ 

“Jadi jika saudara sebagai Ketua Pengarah FINAS turut ikut serta juga dalam pemilihan dan penentuan projek mana yang patut diluluskan atau tidak diluluskan dan menggunakan kuasa veto dalam menentukan nasib permohonan saya sekali gus saudara telah menghina kebijaksanaan panel yang dilantik FINAS sendiri,” tambahnya. 

U-Wei juga ada menyebut, e-mel yang diterima pihak beliau bertajuk ‘Keputusan Permohonan Dana Kandungan Digital’ sedangkan dana yang dipohonnya adalah Dana Filem Kenegaraan.  

 

Ditolak Kerana Tidak Cukup Pengalaman?

Tidak mungkinlah nama sebesar U-Wei tidak cukup pengalaman. Ya, mungkin filem-filemnya tidak semua mencapai kutipan box-office tempatan, tetapi lihatlah betapa jauh perjalanan karya-karyanya. 

Filem Kaki Bakar arahannya adalah filem Malaysia pertama dalam sejarah filem Malaysia diundang (Official Selection) ke Cannes International Film Festival pada tahun 1995 dan seterusnya ke sekian banyak festival penting yang lain. 

Filem pendek U-Wei Sepohon Rambutan Indah Kepunyaan Saya di Tanjong Rambutan pula diundang (Official Selection) ke Cannes Film Festival pada tahun 2006. 

Selain itu, U-Wei juga pernah dilantik menjadi juri untuk banyak festival filem besar antarabangsa seperti Asia Pacific Screen Awards, World Cinema Sundance Film Festival dan Singapore International Film Festival.  

Pada tahun 2008 beliau telah dilantik sebagai salah seorang mentor di Middle East Screenwriter’s Lab untuk The Royal Film Commision Jordan yang disokong oleh Sundance Institute. Pengalamannya menjadi mentor tidak hanya berhenti di situ. 

U-Wei sendiri maklum dengan semua keperluan yang berkaitan dengan kredibiliti. 

“Untuk menghasilkan filem kenegaraan bukanlah suatu perkara yang mengikut rasa hati. Proses ini mengambil kira beberapa faktor awal yang sangat penting iaitu 1) projek yang bagus dan berpotensi supaya dapat mengetengahkan nama negara, 2) pembikin yang bukan sahaja mempunyai credential yang kuat tetapi konsistensi dalam penghasilan filem berkualiti dan 3) syarikat yang kukuh dan berkebolehan.

“Kesemua itu harus menjadi prioriti dan amat tidak wajar dan memalukan sekiranya ada pihak yang mengikut rasa hati dalam menentukan siapa yang layak dan patut mengerjakannya.”

Jika kita serius mahu menggapai impian merangkul Anugerah Oscar (Anugerah Academy), pengarah yang mempunyai pengalaman jerayawara perfileman seperti U-Weilah yang patut dicari. 

Atau sebenarnya FINAS memasang strategi baru dalam pemilihan dan belum mahu mendedahkannya kepada umum? 

Apapun alasan FINAS, semoga ia kukuh untuk meredam amarah U-Wei dan Afdlin. - Getaran, 16 Mei 2021




 

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 4 jam yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

Anda bukan sahaja boleh menikmati makanan enak, malah bercuti selama tiga hari 2 malam dengan Merqeen.

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran