web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permohonan Geran Angel Of Sandakan Ditolak, Afdlin Luah Rasa Kecewa

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 11:34AM

Afdlin Shauki Aksan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelakon dan produser terkenal, Datuk Afdlin Shauki Aksan kecewa apabila dimaklumkan gagal mendapatkan geran kerajaan untuk projek filem terbaharunya, Angel of Sandakan.

Menurut beliau, filem terbabit adalah cubaannya untuk memenuhi aspirasi kerajaan dalam mendapatkan pencalonan atau memenangi Academy Award seperti diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Ketika menyuarakan perkara itu di laman sosial Instagram miliknya, Afdlin tidak menolak kemungkinan permohonan itu ditolak susulan penyertaannya secara rasmi dan terbuka ke dalam parti PKR.

“Pada pendapat saya, kenapa perkara ini berlaku adalah tak lain dan tak bukan kerana saya secara rasmi dan terbuka telah menunjukkan sokongan saya kepada PKR iaitu parti yang membangkang kerajaan sekarang.

“Saya tidak terkejut dan sedikit sebanyak sudah pun dapat merasakan yang inilah apa yang akan berlaku, bukan kerana projek ini tidak baik, kerana sebelum ini saya ada diberitahu yang projek ini secara asasnya telah dipersetujui oleh beberapa individu di dalam badan kerajaan itu secara lisan.

“Tetapi selepas saya menyatakan sokongan kepada (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, semuanya berubah,” luahnya.

Beliau berkata, projek terbabit merupakan antara yang mendapat perhatian dan respon baik daripada golongan kreatif dan profesional di dalam dan luar negara, termasuk seorang pemenang Oscar.

“Di dalam perniagaan dan sebagai sebuah syarikat, Petra Group yang diketuai oleh Datuk Vinod Sekhar, tidak pernah mencampur-adukkan politik dan perniagaan malah kami memilih untuk berkerjasama dengan semua pihak serta membuka peluang kerja kepada sesiapapun tak mengira pandangan politik individu itu. 

“Dalam kerja-kerja amal pula, Yayasan Afdlin Shauki (YAS) dan Vinod Sekhar Foundation pula berkerjasama dengan semua golongan dalam usaha membantu sesama manusia tidak mengira latar belakang politik, bangsa atau agama.

“Kerjasama dengan Pemuda PAS, UMNO malah BERSATU adalah kebiasaan bagi kami kerana pada asasnya kerja NGO mempunyai tujuan kemanusiaan dan objektif kami ini adalah sama,” katanya.

Menurut beliau lagi, projek Angel of Sandakan satu usaha untuk menaikkan nama negara. 

“Saya ingat perkara ini tidak akan berlaku lagi kerana kerajaan ketika ini digembar-gemburkan sebagai mahu menjadi lebih baik dari kerajaan-kerajaan sebelumnya. 

“Mungkin saya yang silap,” katanya. – Getaran, 30 April 2021

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad