web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SOP FINAS: Periuk Nasi Kita Dah Tak Berasap

Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim selar CEO FINAS, Ahmad Idham berkenaan SOP baharu penggambaran di studio yang dianggapnya kurang jelas dan dianggap lambat bertindak.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2021 8:15PM

Presiden FDAM (Persatuan Pengarah Filem Malaysia), Dr Ahmad Ibrahim

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Dr Ahmad Ibrahim mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri tidak peduli dengan keresahan penggiat seni tempatan tentang Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu mengenai pembangunan kandungan kreatif dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) itu turut meluahkan perasaan kecewanya dengan tampuk kepimpinan FINAS yang lebih mementingkan suntikan dana kerajaan berbanding isu pokok yang membelenggu pihak penggiat seni di negara ini.

“Dia (CEO) harus mengutamakan pengurusan SOP. Kita mahu bekerja. Bukan memerlukan dana itu. Sekarang ini pun, kita sebagai orang industri takut-takut nak bekerja kerana SOP yang masih kabur. Hanya FINAS yang boleh mengendalikan semua ini.”

“Namun mereka lebih mementingkan dana. Memberikan itu. Memberikan ini. Menggula-gulakan kita. Sedangkan, kita tak mampu pun nak bekerja sekarang ini. Periuk nasi kita dah tak berasap,” kesalnya.

“Kalau dia rasa dia nak mendongak ke langit. Silakan. Dia akan berjumpa juga dengan kita setelah turun ‘takhta’” – Mat London. Gambar: Ihsan Mat London
“Kalau dia rasa dia nak mendongak ke langit. Silakan. Dia akan berjumpa juga dengan kita setelah turun ‘takhta’” – Mat London. Gambar: Ihsan Mat London

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Mat London itu berkata, SOP baharu ini tidak dikemas kini dengan nyata dan tidak diberikan penekanan yang sewajarnya. Walaupun sudah lebih sebulan PKP 2.0 berlalu, penggiat seni masih termangu-mangu tanpa arah tuju.

“Sudah berbulan-bulan kita menderita. Kesabaran kita sudah sampai ke tahap yang tidak boleh bertahan. Kita ada keluarga. Ada anak dan isteri yang perlu dijaga. Sewa rumah yang perlu dibayar. Takkan mereka tak tahu? Mereka tahu, kenapa buat tak tahu?” sinisnya.

Mat London turut menegaskan tugas Dr Ahmad Idham sebagai CEO FINAS sebenarnya adalah sebagai perantara antara industri dengan kerajaan. Menghubungkan cadangan dan menyampaikan permasalahan industri seni kepada kementerian yang berkenaan. 

“Kita minta suara kita didengari oleh pihak atasan. Pergi jumpa mana-mana menteri yang berkenaan. Bincang dengannya. Merayulah. Berilah kita kebenaran buat penggambaran luaran (outdoor). Kalau pasar malam boleh, kenapa kita tak boleh?” soalnya.

Tambahnya lagi, “Ini beri pula SOP berkenaan studio. Bagi saya tak beri pun tak mengapa. Memang selama ini stesen TV sudah buat. Memang sudah dilaksanakan setiap hari. Yang kita perlukan sekarang adalah kebenaran untuk penggambaran luaran.”

“Kita ini sahabat dia. Bukan baru kenal. Berpuluh-puluh tahun berkawan. Dia masih tak peduli kita dan tak mahu langsung berjumpa” – Mat London. Gambar: Instagram Ahmad Idham @ahmad_idham
“Kita ini sahabat dia. Bukan baru kenal. Berpuluh-puluh tahun berkawan. Dia masih tak peduli kita dan tak mahu langsung berjumpa” – Mat London. Gambar: Instagram Ahmad Idham @ahmad_idham

Mengulas lanjut tentang SOP baharu itu, Mat London tidak bersetuju dengan istilah ‘studio’ yang diguna pakai oleh FINAS, yang dianggapnya samar-samar dan perlukan penjelasan. Berdasarkan SOP itu, aktiviti penggambaran hanya dibenarkan dijalankan di studio, merangkumi drama, filem, iklan, dokumentari dan rakaman kebudayaan tanpa penonton.

Menurut FDAM, istilah itu merujuk kepada segala jenis penggambaran dalaman (indoor) yang berbumbung dan tertutup serta tidak berhadapan dengan orang awam dan penonton.

“Istilah tidak jelas dan definisinya tidak tepat. Kita mengambil pendekatan, dalam studio itu indoor. Dalam restoran itu indoor, dalam pejabat pun kita panggil indoor. Itu istilah yang kita orang industri faham.”

“Bukan tempat sesak, berbumbung dan tertutup. Kita lakukan penggambaran di dalam rumah. Itu juga indoor. Apa bezanya indoor di studio dengan indoor di rumah? Jadi definisinya harus jelas.”

“Kefahaman kita, istilah ini adalah penggambaran yang dilakukan di dalam ruang yang tertutup. Kalau dia berkata istilah ini hanya bermakna ‘studio’ semata-mata, macam studio TV, memang dia tak buat homework. Memang dia tidak mengerti istilah dunia penggambaran,” akhirinya. - Getaran, 9 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.