web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banyak Kontroversi, 'All Together Now Malaysia’ Dihentikan Sementara

Program All Together Now Malaysia dihentikan sebentar selepas dikecam menghimpunkan ramai selebriti dalam satu ruang untuk penggambaran semasa jumlah kes positif COVID-19 semakin meningkat.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 3:15PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru tayangan episod pertama,  penerbitan rancangan ‘All Together Now Malaysia’ memutuskan untuk menghentikan sementara program tersebut sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam keadaan pandemik selesai.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, rakaman program tersebut dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0). 

"Krew penerbitan telah menjalankan ujian calitan Covid-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula dan hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenar meneruskan rakaman," katanya. 

"Set yang dibina telah mengambil kira penjarakan fizikal antara juri dan berjarak 1.5 meters antara juri di samping diletakkan penghadang lutsinar antara mereka," tambah Raqim. 

Rakaman program tersebut juga turut dihadiri wakil daripada agensi-agensi keselamatan.

Terdahulu, satu laporan berita tempatan memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir, berkata siasatan ke atas rancangan itu akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), jelas laporan itu. 

Laporan itu turut memetik bahawa KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya, jika mereka mengenal pasti wujud berlakunya pelanggaran SOP sepanjang rakaman program berkenaan.

Terdahulu program All Together Now Malaysia dikecam teruk oleh warganet apabila rata-rata mengkritik pengendalian program tersebut yang menghimpunkan ramai selebriti dalam satu ruang. Ia dianggap tidak bersesuaian dengan keadaan wabak yang melanda negara walaupun ia dirakam beberapa bulan lebih awal. - Getaran, 9 Jun 2021.

Gambar ihsan pihak Astro

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

3

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

7 Program Hiburan Korea Terbaik Di Astro Sepanjang Ogos

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.