Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


7 Program Hiburan Korea Terbaik Di Astro Sepanjang Ogos

7 Program Hiburan Korea Terbaik Di Astro Sepanjang Ogos Drama Korea memang bikin ketagih. Biarpun jalan cerita ‘biasa-biasa’, tapi bagaikan ada kuasa yang mengumpan perhatian

TARA Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2023 1:03AM

Tayangan perdana The Devil's Deal dijadualkan pada 19 Ogos, Sabtu, 10 malam, di tvN Movies (Saluran 416 HD)

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sepanjang Ogos ini, peminat program hiburan dari Korea boleh menikmati drama, filem dan program pelbagai di Astro menerusi saluran ONE (Saluran 393 HD), tvN (Saluran 395 HD), K-Plus (Saluran 396 HD) dan tvN Movies (Saluran 416 HD). 

Jika masa tayangan tidak menepati jadual anda, boleh strim semua episod disediakan pada bila-bila masa, di mana jua menerusi On Demand dan Astro GO. Berikut adalah tujuh program yang boleh dijadikan pilihan. 

1. Cold Blooded Intern 

Menampilkan Ra Mi-ran, Uhm Ji-won, Kim Mi Hye, Kim Yool Ho, Kang Sung Ho dan ramai lagi. Drama mencuit hati ini ditayangkan 24 jam selepas Korea, di mana tarikh tayangan di sini bermula pada 12 Ogos, 9.15 malam di tvN (Saluran 395 HD).

Cold Blooded Intern mengisahkan tentang Go Hae-Ra (Ra Mi-Ran) yang bergelut mencari pekerjaan selepas berhenti kerja selama tujuh tahun kerana ingin membesarkan anak. Suatu hari, dia turut serta dalam sesi temuduga untuk jawatan entry level di Market House. 

Di sana, dia bertemu Choi Ji-Won (Uhm Ji-Won), yang merupakan pengarah pasukan perancangan produk. Go Hae-Ra dan Choi Ji-Won pernah bekerja bersama di syarikat lain. Dengan karisma dan kebolehan kepimpinannya, Choi Ji-Won memegang kuasa sebenar di Market House. Dia juga menggunakan apa-apa cara untuk terus hidup di syarikatnya. 

Choi Ji-Won memutuskan untuk mengupah Go Hae-Ra untuk jawatan pelatih dalam pasukan perancangan produk. Dia menawarkan cadangan yang manis, tetapi bertindak kejam kepada Go Hae-Ra.

2.  My Dearest

Sesuai untuk anda yang suka dengan kisah percintaan ‘gaya Korea’. Drama My Dearest, ditayangkan 24 jam selepas Korea. Bersiaran pada setiap Sabtu & Ahad, 9.45 malam, di ONE (Saluran 393 HD), drama ini dibarisi oleh Namkoong Min, Ahn Eun-jin, Lee Hak-joo, Lee Da-in, dan Kim Yun-woo.

My Dearest merupakan sebuah drama yang membawa penonton ke zaman Joseon, di mana orang ramai melalui kesusahan yang teruk akibat pencerobohan Qing (3 Januari 1637 hingga 24 Februari 1637). 

Ia berkisar tentang Lee Jang-Hyun (Namkoong Min) seorang lelaki misteri yang tiba-tiba muncul di kalangan masyarakat. Dia kelihatan ceria, tetapi sebenarnya tidak. Dia seorang yang kompleks dengan rahsia mendalam dan gelap yang tidak boleh didedahkan kepada sesiapa. Seorang wanita bernama Yoo Gil-Chae (Ahn Eun-Jin) muncul dalam hidupnya dan hidupnya berubah. 

Yoo Gil-Chae ialah anak kepada keluarga bangsawan. Dia seorang wanita yang cantik, penuh dengan keyakinan. 

3. Numbers

Drama aksi Numbers, menampilkan Kim Myung soo, Choi Jin hyuk dan ramai lagi akan memulakan tayangan perdananya pada 24 Ogos, pada setiap Khamis & Jumaat, 7.50 malam, di ONE (Saluran 393 HD).

Numbers mengisahkan tentang Jang Ho-Woo (Kim Myung-Soo) yang bekerja sebagai akauntan di Firma Perakaunan Taeil. Syarikat itu adalah salah satu daripada 4 firma perakaunan terbesar di Korea Selatan. 

Jang Ho-Woo kebetulan merupakan satu-satunya pekerja di Firma Perakaunan Taeil yang hanya mempunyai diploma sekolah tinggi, dan kerana itulah dia menghadapi layanan yang tidak adil. Namun begitu, Ho woo tetap fokus dan bertekad untuk mendedahkan perbuatan rasuah dan tidak adil di firma itu.

4. Express Delivery

Foto : https://www.allkpop.com/

Program realiti ,Express Delivery: Mongolia Edition mempertontonkan ahli-ahli ‘Dragon Zodiac Club’ menjadi penghantar bungkusan di Mongolia, bergerak pantas untuk menghantar bungkusan dan menepati janji mereka kepada pelanggan!

Ia menampilkan Kim Jong-kook, Hong Kyung-min, Jang Hyuk, Cha Tae-hyun, Hong Kyung-in, dan Kang Hoon, dan akan mula ditayangkan pada 24 Ogos, Khamis, 10.30 malam, di tvN (Saluran 395 HD).

5. Buddy Into The Wild 

Program realiti Buddy Into the Wild menampilkan oleh Ahn Jung Hwan, Boom, Ha ha, Hong Jin Young dan ramai lagi mengembara ke pulau terpencil dan cuba menyesuaikan diri. Mereka perlu mencari dan memasak makanan sendiri serta bertahan di waktu malam yang penuh cabaran. 

Program ini akan mula bersiaran pada 31 Ogos, Khamis, 10.30 malam, ONE (Saluran 393 HD)

6. Earth Arcade 2 

Memasuki musim kedua, Earth Arcade 2 menyaksikan empat wanita berkumpul sekali lagi untuk menangkap Arnab Bulan, Torong yang melarikan diri. Lee Eun Ji, Mimi, Lee Young Ji dan An Yu Jin bergabung tenaga untuk musim kedua. 

Earth Warriors mengembara ke lokasi di seluruh dunia dengan diri multiverse baharu mereka. Berasal dari ‘Kerajaan Drama Korea’, empat pahlawan itu akan merasai makanan yang lazat, mengalami pemandangan yang mengagumkan dan berseronok dengan pelbagai permainan. 

Saksikan Earth Arcade 2 bermula 14 Ogos, Isnin, 10.30 malam, di K-Plus (Saluran 396 HD).

7. The Devil’s Deal

Filem ini berlatar tempat di Busan pada tahun 1992. Ia berkisar tentang Hae-woong (Cho Jin-woong), calon untuk Dewan Negara, Sun-tae (Lee Sung-min) yang mempunyai kuasa dalam politik, dan Pil-do (Kim Mu- yeol), seorang samseng yang berusaha keras untuk menggagalkan konspirasi dengan memegang dokumen rahsia yang akan menggegarkan Republik Korea. 

Tayangan perdana filem ini dijadualkan pada 19 Ogos, Sabtu, 10 malam, di tvN Movies (Saluran 416 HD). Selain Cho Jin-woong dan Lee Sung-min, ia turut dibintangi oleh Kim Mu-yeol, Son Yeo-eun, Kim Min-jae, Won Hyeon-jun dan Park Se-jin. 

Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my. - Getaran, 12 Ogos 2023

Foto : Astro

Isu Pada

Bicara Hati Halim Othman

12 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 bulan yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

2

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

3

Filem & TV 8 bulan yang lalu

Kolaborasi Qalbox, Astro Janjikan Pengalaman Hiburan Berfokuskan Muslim Terbaik di Malaysia

4

Filem & TV 9 bulan yang lalu

Pertama Kali Arah Filem, Adlin Aman Ramlie Angkat Isu Kekeluargaan Tentang Aktiviti Merewang Di Majlis Kahwin Orang Melayu

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja