Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kolaborasi Qalbox, Astro Janjikan Pengalaman Hiburan Berfokuskan Muslim Terbaik di Malaysia

Menerusi kolaborasi ini, Qalbox akan tersedia pada semua Astro Ultra dan Ulti Box, menawarkan rangkaian kandungan yang luas untuk komuniti muslim.

Filem & TV Dikemaskini 8 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Aug 2023 8:38AM

Qalbox Ultra dan Ulti Box. gambar Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Qalbox daripada Muslim Pro, perkhidmatan penstriman hiburan yang terkenal dengan pelbagai kandungan berlandaskan Islam di peringkat global, kini berkolaborasi dengan Astro untuk menyiarkan kandungan berfokuskan muslim secara eksklusif. 

Sejajar dengan matlamat Muslim Pro untuk menjadi pusat digital bagi segala perkara berkaitan dengan umat Islam, kerjasama strategik ini menjadi detik penting dalam landskap hiburan negara. Ia menawarkan pelanggan Astro pelbagai pilihan kandungan berfokuskan muslim yang meluas untuk penonton di seluruh negara.

Menerusi kolaborasi ini, Qalbox akan tersedia dalam semua Astro Ultra dan Ulti Box, dan ini bermakna pelanggan Astro yang memiliki Ultra/Ulti Box boleh menikmati langganan percuma eksklusif Qalbox serta akses premium Muslim Pro selama dua bulan, mulai 27 Julai  hingga 26 September ini.

Kerjasama ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Bitsmedia, Nik Emir Din dan Fara Abdullah, bersama-sama dengan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro, Shafiq Abdul Jabbar dan Pengarah Kandungan, Agnes Rozario baru-baru ini. 

Sejak penubuhannya, Qalbox  yang boleh diakses dengan mudah di dalam aplikasi Muslim Pro, laman sesawang dan TV, Muslim Pro sudah menunjukkan komitmen mendalam untuk melabur secara konsisten dalam pasaran Malaysia. 

Muslim Pro melancarkan Qalbox di Kuala Lumpur pada Disember 2022 selepas menyedari populasi belia muslim yang mahir dalam teknologi di negara ini dan visi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat teknologi bagi kandungan Islam.

Hasil usahasama terbaharu dengan Astro ini dilihat mampu mengukuhkan lagi komitmen Muslim Pro terhadap komuniti muslim di Malaysia dengan meningkatkan aksesibilitinya kepada pengguna. 

Ia juga membolehkan pengalaman yang lebih khusus dan lancar dalam memastikan kandungan yang berfokus kepada muslim mudah diakses dengan lebih meluas dan memperkaya landskap hiburan tempatan.

Barisan pengurusan Muslim Pro dan Astro pada sidang media yang diadakan baru-baru ini. gambar Astro
Barisan pengurusan Muslim Pro dan Astro pada sidang media yang diadakan baru-baru ini. gambar Astro

"Melalui kerjasama ini, visi untuk memantapkan kedudukan kami sebagai pusat kandungan dan hiburan muslim global serta menyediakan landasan bagi pencipta kandungan kreatif muslim dan pembuat filem dapat diperkukuhkan.

"Dengan tawaran kandungan yang pelbagai, kami yakin Qalbox akan menarik perhatian penonton Malaysia dan memberikan pengalaman hiburan yang tiada tandingan,” ulas Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, Muslim Pro, Fara Abdullah.

Katanya, Qalbox terus berusaha untuk memaparkan identiti muslim dan berusaha mengintegrasikan gaya hidup seharian umat Islam melalui pelbagai genre yang komprehensif, termasuk filem ikonik, siri-siri menghiburkan, dokumentari berfokuskan Islam yang merangsang minda, animasi kanak-kanak dan realiti TV.

Justeru, penonton boleh menyelami karya asli Qalbox yang menampilkan siri-siri merangsang pemikiran seperti I Am Muslim, cerita peribadi yang menyentuh hati daripada Food From the Heart, dan bacaan Al-Quran yang menyentuh jiwa dalam Tadaruz Al-Quran.

Untuk kanak-kanak, Islam for Kids dan Recite and Learn: The Word of Allah menawarkan kandungan menarik berunsurkan pendidikan. Sementara itu, siri-siri menarik seperti Omar The Sultan and Khan dan Little Mosque on the Prairie, meneroka naratif yang mendorong pengetahuan mengenai budaya Muslim. Dengan kata lain, Qalbox menyediakan kandungan yang sesuai untuk pelbagai peringkat penonton.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro, Shafiq Abdul Jabbar berkata: "Kami gembira untuk mengumumkan Qalbox dari Muslim Pro kini berada di platform Astro. Penonton muslim kami kini dapat menikmati kandungan berfokuskan Islam dengan penambahan lebih 1,000 jam kandungan SVOD Qalbox yang kini tersedia untuk penstriman di Ultra dan Ulti Box kami.

“Kerjasama ini sudah pasti menggembirakan kerana ia melengkapkan tawaran kandungan yang kukuh daripada Astro, Astro Signatures dan Astro Originals hingga sukan dan berita secara langsung, animasi kanak-kanak dan kini kepelbagaian budaya muslim di seluruh dunia”.

Selepas tempoh dua bulan akses percuma yang berakhir pada 26 September depan, pelanggan Astro masih boleh mengakses Qalbox dan Muslim Pro dengan menambahnya ke langganan sedia ada.   Getaran, 10 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 bulan yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

2

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

3

TARA 8 bulan yang lalu

7 Program Hiburan Korea Terbaik Di Astro Sepanjang Ogos

4

Filem & TV 9 bulan yang lalu

Pertama Kali Arah Filem, Adlin Aman Ramlie Angkat Isu Kekeluargaan Tentang Aktiviti Merewang Di Majlis Kahwin Orang Melayu

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 22 jam yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN