Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

Siri Astro Original lakonan Naim Daniel, Amelia Henderson, Aedy Ashraf ini akan menemui penonton bermula 23 Februari hadapan

Filem & TV Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2024 8:18AM

gambar Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drama siri premium terbaharu daripada Astro Originals, ‘I.D’ mendedahkan mengenai insiden dan pelbagai isu yang berlaku di media sosial, terutamanya berkaitan keselamatan data serta jenayah siber akibat salah laku penggunaan data peribadi. 

Siri drama premium penuh debaran I.D diarahkan oleh seorang pengarah, penerbit dan penyunting filem berpengalaman, Razaisyam Rashid, manakala skrip pula ditulis oleh Ashraf Modee Zain. 

Drama premium 8 episod ini menampilkan barisan bakat berpengaruh tempatan termasuk Naim Daniel (Aidi Zabran), Amelia Henderson (Anggun Zahara), Aedy Ashraf (Jazman Rahim), Datuk Rosyam Nor (Rahim Abadi), Ellyza Azizi (Alia Mukhriz), Shantini Venugopal (Patti Shanti), Joyce Harn (Jo), Jo Kukathas (Dato Kumari Lakshmi) dan ramai lagi.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, juga merangkap Penerbit Eksekutif I.D berkata, I.D adalah sebuah naskhah segar yang membawakan isu terkini iaitu media sosial serta jenayah siber yang wujud dalam Masyarakat.

“Ia dipersembahkan dalam bentuk hiburan dengan gabungan aksi, romantik dan persahabatan. Tambah menarik, I.D digarap oleh pengarah kreatif iaitu Razaisyam Rashid yang amat terkenal dengan sentuhan visual tersendiri, di samping membariskan pelakon kegeramaran ramai. 

“Kami mengharapkan subjek yang diketengahkan menerusi I.D dapat menarik perhatian ramai, seterusnya menjadi topik yang boleh dibincangkan di luar sana,” ujar beliau.

Barisan pelakon bersama Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad (empat dari kiri) dan Pengarah, Razaisyam Rashid (tiga dari kiri). gambar Astro
Barisan pelakon bersama Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad (empat dari kiri) dan Pengarah, Razaisyam Rashid (tiga dari kiri). gambar Astro

Sementara itu, Razaisyam Rashid, berkata: “Idea I.D tercetus apabila melihat persekitaran saya, di mana orang muda sekarang kebanyakannya hidup dalam dunia digital. Jadi saya cuba salurkan suara orang muda dan cabaran zaman sekarang menerusi sebuah karya, maka terhasillah I.D”

“Cabaran terbesar menghasilkan I.D adalah ketika sesi penggambaran, di mana beberapa pelakon utama ketika itu mengalami kecederaan jadi dari sudut kamera dan visual, saya harus memastikan mereka dapat menyampaikan babak dengan baik tanpa menjejaskan keadaan mereka”

“Saya mengharapkan masyarakat dapat menerima I.D. Walaupun ia membawa suara golongan orang muda, tetapi saya juga mengharapkan naskhah ini dekat dengan semua lapisan penonton kerana cerita ini memfokuskan apa yang sedang berlaku di luar sana dan mampu memberi kesadaran kepada penonton kita”.

I.D mengisahkan Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta ‘BEBAS App’, aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat-maklumat pengguna bagi tujuan pemakluman info semasa. 

Jazman, seorang pengurus syarikat tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah. Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi sering bersama Jazman. 

Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta maklumat pengguna daripada BEBAS App dan mencipta watak baharu iaitu Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.

Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar.

Siri premium I.D memberi pendedahan kepada masyakat mengenia penceritaan sebenar di media sosial dan natijah daripada ketirisan maklumat akibat aktiviti tidak bermoral daripada  pihak yang hanya memikirkan kepentingan sendiri. 

Pelanggan Astro boleh menyaksikan episod baharu I.D pada 9 malam, setiap Jumaat bermula 23 Februari ini di Astro Premier (Saluran 410) menerusi On Demand dan Astro GO.  – Getaran, 9 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

2

TARA 8 bulan yang lalu

7 Program Hiburan Korea Terbaik Di Astro Sepanjang Ogos

3

Filem & TV 8 bulan yang lalu

Kolaborasi Qalbox, Astro Janjikan Pengalaman Hiburan Berfokuskan Muslim Terbaik di Malaysia

4

Filem & TV 9 bulan yang lalu

Pertama Kali Arah Filem, Adlin Aman Ramlie Angkat Isu Kekeluargaan Tentang Aktiviti Merewang Di Majlis Kahwin Orang Melayu

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran