web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

Tiket VIP untuk menyaksikan Sepahtu Reunion Live Tour sudah habis terjual, tapi kategori tiket yang lain masih ada.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2024 4:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Astro kembali menjelajah bersama Sepahtu, kumpulan pelawak popular kegemaran Malaysia, ke Alor Setar, Kedah dalam Sepahtu Reunion Live Tour 2024 pada 5 dan 6 Julai ini di Stadium Sultan Abdul Halim.

Jep, Rahim, Pak Ya dan Ebby Yus telah berkecimpung dalam dunia komedi selama hampir sedekad sebagai Sepahtu dan sering menggegarkan industri ini di mana-mana sahaja mereka berada.

Kejayaan penjelajahan mereka sebelum ini telah mendapat sorakan serta reaksi yang memuaskan, sekali gus mencipta kumpulan peminat tegar yang sentiasa menantikan ketibaan mereka dengan sketsa baharu.

Jelajah kali ini membawa tema dan jalan cerita baharu untuk menghiburkan para peminat di Kedah yang sentiasa memberi sokongan luar biasa, di samping mengekalkan elemen-elemen mencuit hati dan menyeronokkan.

Keistimewaan Sepahtu Reunion Live Tour adalah elemen interaktif yang diterapkan bersama para penonton di lokasi, serta kehadiran rakan-rakan selebriti dan tetamu undangan misteri yang menjadi penantian para penonton pada setiap tahun.

Namun pada penjelajahan kali ini, para penonton juga boleh meluangkan masa di acara Hello! Kedah Astro yang akan berlangsung di luar stadium pada 5 Julai dengan pelbagai keseronokan yang disediakan seperti food truck, persembahan wayang pacak, permainan dan banyak lagi sebelum rancangan Sepahtu Reunion Live bermula.

Ketua Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh berkata, sambutan baik yang diterima setiap kali Sepahtu beraksi memberi inspirasi kepada pihaknya untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti bersama peminat kumpulan ini.

“Reaksi sebegini sentiasa memberi inspirasi kepada kami untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti bersama para peminat yang sentiasa menyokong Sepahtu.

“Pada tahun ini, kami sekali lagi menyambung penjelahan ini untuk memberi peluang kepada para peminat di Kedah untuk berjumpa dengan pelawak kegemaran mereka.

“Kami berharap para peminat teruja dengan sketsa-sketsa yang bakal dipersembahkan oleh kumpulan ini, serta penjelajahan lain yang akan diumumkan di platform kami nanti,” ulas Norzeha.

Para peminat yang ingin menonton Sepahtu secara live di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah boleh mendapatkan tiket di www.ticket2u.com.my dengan harga diskaun eksklusif untuk kesemua zon. Tiket VIP telah habis dijual dan tiket-tiket untuk zon lain masih ada, namun jumlah yang tinggal adalah terhad. – Getaran, 28 Jun, 2024

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

2

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

3

TARA 2 tahun yang lalu

7 Program Hiburan Korea Terbaik Di Astro Sepanjang Ogos

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Kolaborasi Qalbox, Astro Janjikan Pengalaman Hiburan Berfokuskan Muslim Terbaik di Malaysia

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin