Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Tontonan percuma ini terpakai untuk saluran Hits Now, (saluran 702), disertai dengan akses terhad kepada lima saluran tambahan bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2024

TARA Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2023 3:59PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Astro punya cara sendiri bagi meraikan pelanggan-pelanggan setianya. Sempena kedatangan 2024, Astro teruja membawakan buah tangan luar biasa untuk semua pelanggannya. Nikmati tontonan percuma untuk saluran baharu HITS Now (saluran 702), disertai dengan akses terhad kepada lima saluran tambahan iaitu HBO Hits, HBO Family, Showcase, K-Plus dan Moonbug secara percuma. 

Tawaran eksklusif ini merupakan tanda penghargaan Astro terhadap para pelanggan untuk menyambut tahun baharu bersama-sama. ‘HITS NOW’ akan tersedia untuk tontonan percuma bermula 10 Januari 2024 dan pasti membuatkan ramai yang tersenyum kerana ia tiba tepat pada masanya. 

Antara filem yang boleh ditonton di Saluran 414 (HBO Family)
Antara filem yang boleh ditonton di Saluran 414 (HBO Family)

Pada 16 Januari hadapan, saksikan senarai pelakon A-list dan pencipta yang berinspirasi dalam mencipta sejarah ketika siaran langsung Anugerah Emmy Primetime ke-75. Saluran ini akan menyiarkan drama yang popular, komedi penuh gelak tawa, rancangan permainan yang menarik dan banyak lagi, termasuk America’s Got Talent: Fantasy Team, American Idol dan Celebrity Family Feud.

Berikut adalah lain-lain saluran percuma yang dijanjikan untuk tontonan anda sekeluarga sempena membuka jendela 2024:

1. HBO Hits (Saluran 415): Peminat tegar filem boleh menonton filem blockbuster terbaharu di HBO Hits. Saksikan Moonfall dan The Lost City untuk merasai keseronokan sinematik.

2. HBO Family (Saluran 414): Luangkan masa bersama keluarga dengan HBO Family yang menawarkan pelbagai kisah suka duka yang menarik dan mesra keluarga. Jangan lupa sediakan popcorn untuk mencipta suasana pawagam di rumah sendiri! Antara filem yang menanti ialah The Lego Movie 2 dan Bee Movie.

3. Showcase (Saluran 413): Disusun pilih untuk para penonton Malaysia, Showcase mempersembahkan gabungan kandungan kegemaran semasa serta yang pernah popular sebelum ini. Tahun Baharu ini, selami keajaiban filem dengan kandungan istimewa, blockbuster dan kegemaran keluarga seperti Dolittle, Jurassic World dan Jurassic World: Fallen Kingdom.

4. K-Plus (Saluran 396) : Destinasi utama hiburan Korea yang menampilkan siri drama eksklusif, rancangan variasi, filem dan program gaya hidup. Terokai yang terbaik dari Hallyu dengan Between Him and Her dan Perfect Marriage Revenge, sesuai untuk seisi keluarga.

5. Moonbug (Saluran 618): Saluran yang boleh membuatkan anak-anak terleka. Jadi bolehlah anda fokus dengan kerja rumah atau punya me time seketika. Biarkan mereka menonton rancangan prasekolah di Moonbug. Blippi dan CoComelon juga ada di sini. Demi kenangan manis bersama, bolehlah menyanyi, ketawa dan belajar dengan anak-anak anda dalam dunia Moonbug yang menarik. 

Raikan Saat-saat Bermakna Bersama Keluarga Dengan Astro

Selain daripada membawakan pelbagai rancangan hiburan yang hebat, Astro juga berbesar hati memperkenalkan kempen terbaharu mereka yang membawa slogan ‘Masa Bersama Merapatkan Kita’. 

Kempen ini mempamerkan maksud sebenar perhubungan bersama orang tersayang.  Dalam meneruskan dedikasi mereka untuk menguatkan ikatan kekeluargaan, stesen TV berbayar ini telah melancarkan inisiatif ini untuk menggalakkan para pelanggan meluangkan masa yang bermakna bersama keluarga dengan Astro. Saksikan sendiri video kempen ini yang mana ia menampilkan Syafiq Kyle dan Mimi Lana.

Untuk maklumat lanjut tentang pakej-pakej yang ditawarkan oleh Astro, sila kunjungi www.astro.com.my - Getaran, 30 Disember 2023

Isu Pada

Kepulangan Hafiz Suip 30 Dis

30 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 bulan yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

2

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

4

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja