web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

Sebelum membuat belian, pastikan dahulu aktiviti yang ingin dilakukan. Suhu yang berbeza memerlukan jenis pakaian hangat yang berlainan

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2023 3:26PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mencari pakaian untuk percutian musim sejuk adakalanya membuatkan kita perlu mencongak beberapa kali kerana harganya bukanlah murah seperti pakaian lain. Lebih-lebih lagi, Malaysia bukanlah negara empat musim. Jadi, tawaran yang ada tidaklah sebanyak yang ada di luar negara. 

Satu lagi fakta yang tidak harus diabaikan ialah, suhu yang berbeza memerlukan jenis pakaian hangat yang berlainan. Jika tersalah beli, mungkin percutian anda menjadi serba tidak kena kerana pakaian yang disarungkan tidak sesuai dengan cuaca. 

Selain itu, sebelum membuat belian, pastikan dahulu aktiviti yang ingin dilakukan. Adakah anda hanya ingin menghabiskan masa berjalan-jalan di kota atau mahu menerokai aktiviti luar? 

Bagi yang sedang mencari kedai atau stor yang menjual pakaian untuk musim sejuk, jom semak senarai berikut:

1.Uniqlo

Jenama fesyen dari Jepun ini sesuai untuk anda yang mempunyai bajet lebih untuk pakaian musim sejuk. Harga yang ditawarkan tidak terlalu mahal atau murah. Namun, ia masih mampu milik dan tidak membebankan poket.

Jika anda ke sini pada hujung minggu, mungkin anda boleh dapatkan jaket tebal pada harga kurang daripada RM200. Selain itu, Uniqlo juga terkenal dengan koleksi pakaian dalam, Heattech yang direka khusus untuk menjana dan mengekalkan haba daripada badan, jadi anda tidak perlu memakai berlapis-lapis pakaian sehingga kelihatan kelihatan lebih besar. 

Koleksi Heattech ini juga terdapat dalam tiga pilihan yang boleh disesuaikan mengikut suhu destinasi yang ingin dilawati. Satu lagi produk popular Uniqlo yang sangat berbaloi untuk dibeli ialah jaket Ultra Light Down. Sesuai dengan namanya, jaket ini hanya seberat 268 gram, kalis air dan boleh dimuatkan ke dalam beg kecil. 

2. Winterclothes.com.my 

https://www.winterclothes.com.my/ menyediakan pakaian musim sejuk yang berkualiti dengan harga yang lebih murah berbanding kedai fizikal lain. Kekurangannya adalah ia tidak boleh dicuba terlebih dahulu sebelum membuat pembelian 

Antara produk yang tersedia ialah kot musim sejuk, jaket musim sejuk, pakaian dalam musim sejuk, sarung tangan, dan pelbagai aksesori lain. Terdapat juga koleksi jaket Light Weight untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Satu lagi kelebihan kedai online ini ialah ia menawarkan pakaian untuk mereka yang berbadan besar (plus size). 

Ketika ini terdapat jualan penghabisan stok untuk penjimatan yang anda idamkan. 

3. Baju Sejuk Bundle 

Baju Sejuk Bundle yang beroperasi di Spring Ville Apartment, Ukay Perdana ini memang popular di kalangan pengembara bajet atau mereka yang tidak mahu berbelanja besar untuk pakaian yang hanya sesuai dipakai di luar negara ini. 

Baju Sejuk Bundle yang boleh diiikuti di Instagram, @bajusejukbundle ini bukan sahaja menjanjikan pakaian dan aksesori musim sejuk terpakai, bahkan terdapat juga koleksi baharu yang boleh dibeli pada harga yang mampu milik. Jika melihat pada ruangan komen yang dikongsi oleh pengguna yang pernah berbelanja di sini, masing-masing cukup berpuas hati dengan kualiti produk yang dibeli.

4. Kok Kong Winter Wear

Kedai yang terletak di Jln Loke Yew, Pudu juga tidak kurang hebatnya dalam menyediakan koleksi pakaian musim sejuk untuk pelbagai lapisan umur. Kedai ini menjadi pilihan ramai kerana ia menjual pelbagai jenis pakaian pada berpatutan, dan yang paling penting koleksi yang ditampilkan adalah fesyen terkini. 

Selain boleh mengunjungi kedai fizikal, pengguna juga boleh melihat dan membeli koleksi pakaian mereka di beberapa platform jualan dalam talian seperti Shopee. Selain itu, kedai ini juga sering mengadakan jualan hebat, di mana pengguna boleh membeli pakaian sejuk pada harga runtuh. Malah, ada juga tawaran beli satu, percuma satu. 

Boleh ikuti link ini, https://www.facebook.com/KokKongWinterWear88/ untuk melihat pelbagai koleksi yang tersedia dan dapatkan maklumat lanjut. 

5. Winter Time

Tidak perlu diperkenalkan lagi, jenama ini sering menjadi pilihan ramai. Winter Time memenuhi keperluan semua jenis pakaian musim sejuk dan boleh didapati pada bila-bila masa untuk sepanjang tahun. 

Selain pakaian, terdapat jug pelbagai aksesori perjalanan seperti, sarung tangan, but kalis air, beg tarik dan penutup telinga. Ketika ini mereka sedang melakukan jualan besar-besaran dengan menawarkan potongan harga sehingga 60 peratus.

Antara koleksi yang berbaloi untuk direbut ialah koleksi ‘thermal wear’ yang menjanjikan kehangatan  sempurna untuk percutian musim sejuk anda. Sila layari https://wintertime.com.my/ untuk maklumat lanjut. - Getaran, 31 Disember 2023

Isu Pada

Kepulangan Hafiz Suip 30 Dis

30 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

3

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

Kepulangan Hafiz Suip

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi