web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

Daripada kes perceraian, kecurangan, dan menjadi mangsa buli pro-Israel

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2023 2:36PM

Skandal Hafidz Roshdi yang didedahkan bekas isterinya

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum 2023 benar-benar meninggalkan kita, kami ingin berkongsi beberapa berita atau isu yang menjadi topik panas sepanjang tahun ini. Jika ingin disenaraikan satu persatu, senarai akan menjadi panjang berjela, jadi kami pilih yang benar-benar mengejutkan dan menjadi bualan ramai dalam tempoh yang agak lama. 

1. Kes Perceraian Syamsul Yusof & Puteri Sarah

Awal Januari menyaksikan nama Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar menjadi bualan hangat apabila Syamsul membuat pengakuan bahawa dia telah pun berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand. 

Pengumuman ini memberi tamparan hebat kepada isterinya Puteri Sarah yang selama ini dilihat berjuang untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. Krisis rumah tangga pasangan ini mendapat simpati orang ramai dan ramai yang berpihak kepada Puteri Sarah. 

Pelakon Syamsul Yusof bersama Puteri Sarah hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi lafaz cerai - gambar fail
Pelakon Syamsul Yusof bersama Puteri Sarah hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi lafaz cerai - gambar fail

Ira Kazar pula dikecam hebat lebih-lebih lagi apabila kedua-dua orang tua Syamsul terang-terangan tidak bersetuju dengan tindakan anak mereka. Puteri Sarah kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan penceraian.

Setelah melalui episod yang panjang, pada 14 Jun 2023, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur selepas sembilan tahun mendirikan perkahwinan. Mereka dikurniakan dua cahaya mata.

2. Kaka Azraff Artis Malaysia Pertama Menjadi Mangsa ‘Mainan’ Israel

Kaka Azraff kini menjadi ‘sensasi’ dalam talian dalam kalangan penyokong Israel apabila dia dengan lantangnya menyuarakan pendapatnya berhubung konflik Palestin – Israel.

Segalanya bermula apabila penyanyi ini bertindak membalas Instagram story (IGS) yang dimuat naik oleh pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic. Kaka dengan lantangnya telah menolak  Israel dan bersetuju dengan pemimpin Nazi, Adolf Hitler yang membunuh bangsa Yahudi ketika Perang Dunia Pertama.

Mesej yang dihantar oleh Kaka ini didedahkah oleh Buzolic dalam satu tangkap layar yang dikongsi ke akaun Instagram Jew Hate Database.

Terpukul dengan kata-kata yang dilemparkan oleh penyanyi ini, penyokong tegar Israel mula ‘berkempen’ untuk menjatuhkan penyanyi ini setelah Jew Hate Databased memperkenalkan Kaka sebagai penyanyi yang bernaung di bawah label Warner Music Malaysia. 

Pada 1 Disember 2023, Warner Music Malaysia telah menghantar satu surat penamatan kontrak kepada Kaka tanpa penjelasan munasabah. Pihak Warner Music Malaysia Sdn Bhd mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak bersama Kaka berkuatkuasa hari ini (31 Disember) tanpa memberi penjelasan yang munasabah.

3. Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan

Berita yang cukup mengejutkan industri hiburan tempatan apabila pernikahan pasangan sama cantik sama padan, Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang sepatutnya diadakan pada 18 Ogos lalu dibatalkan pada saat-saat akhir. 

Berita mengejutkan itu disampaikan oleh pengurus Mimi, Iman Tang kepada tetamu menerusi satu pesanan ringkas. Ramai peminat yang kecewa dengan keputusan pasangan ini dan mula membuat bermacam-macam spekulasi. Ada yang menuduh Syafiq menjadi punca, malah ramai juga yang menunding jari kepada Mimi yang dikatakan curang dengan seorang pelakon lelaki. 

Sehingga kini kedua-dua pelakon ini masih mengunci mulut, namun masing-masing telah beberapa kali dilihat keluar bersama. 

4. Good Vibes Festival Dibatalkan Kerana Aksi Tidak Senonoh Vokalis The 1975

Festival Good Vibes yang diadakan pada Julai lalu dibatalkan serta-merta oleh kerajaan Malaysia apabila penyanyi utama kumpulan The 1975, Matty Healy bertindak menghina undang-undang negara berkaitan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebelum mencium pemain bass The 1975, Ross McDonalds di atas pentas.

Bahkan, Matty juga dilihat memegang botol arak di atas pentas ketika melakukan persembahan selain meludah dan melakukan aksi kurang sopan. Susulan kejadian itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah mengeluarkan arahan serta-merta kepada pihak penganjur untuk membatalkan festival tiga hari tersebut. 

Fahmi juga menggesa pihak penganjur untuk mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli-pembeli tiket dan juga vendor-vendor yang terlibat. 

5. Pelakon Hafidz Roshdi Pukul Isteri

Insiden serangan ini berlaku selepas rumah tangga pelakon ini mula berantakan apabila isterinya (kini bekas isteri), Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan kecurangan Hafidz di media sosial. Kehadiran orang ketiga dalam perkahwinan pasangan ini membuatkan ramai peminat marah dan mula membuat ‘penyiasatan’ sendiri tentang wanita yang menjadi orang ketiga.

Ketika kisah mereka sedang rancak menjadi bualan, Hafidz didakwa telah menyerang Shuhada dengan menumbuknya sebanyak tiga kali sehingga menyebabkan wanita berkenaan perlu menerima rawatan di hospital.

Kes ini telah menjadi kes polis dan sedang dibicarakan di mahkamah. Hafidz yang tidak mengaku bersalah juga telah meminta untuk dirujuk kepada pakar psikiatri. Hafidz mendedahkan dia mengalami masalah kesihatan mental iaitu Bipolar. - Getaran, 31 Disember 2023

Isu Pada

Kepulangan Hafiz Suip 30 Dis

30 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

3

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

Kepulangan Hafiz Suip

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi