Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Bukan semuanya kisah terbaharu, tetapi masih berbaloi untuk ditonton

TARA Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2023 7:20PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Untuk mereka yang hanya mahu berehat di rumah sempena cuti tahun baharu ini, bolehlah luangkan masa menonton pelbagai filem dan siri menarik untuk berimaginasi dan menghiburkan hati. 

Mungkin anda sudah punya senarai panjang, tetapi kami juga ingin mencadangkan beberapa filem dan siri di Netflix untuk dijadikan pilihan. Jom semak senarai berikut dan tambahkan ke dalam senarai mesti tonton anda. 

1. Money Heist Berlin 

Money Heist Berlin kini sudah mula mula ditayangkan di Netflix. Mengetengahkan latar Paris yang indah, siri ini bagaimanapun tidak mendapat ulasan yang memberangsangkan. Namun, jika anda pernah mengikuti siri asalnya pada 2019, siri terbaru memang ditonton. 

Siri spin-off Berlin ini adalah berdasarkan salah satu watak paling terkenal dari rompakan asal. ‘Berlin’ adalah kisah beberapa tahun sebelum insiden ‘Money Heist’ dengan Pedro Alonso mengulangi peranannya, memainkan watak anti-wira yang terkenal, yang menyeramkan, tidak disukai dan punya ciri-ciri psikopat.

Semua ciri-ciri ini hanya Pedro boleh lakukan. Berlin di sini mengetuai rompakan sendiri, untuk mencuri permata bernilai hampir 44 juta Euro dari rumah lelong terbesar di Perancis. Dia mahu melakukan rompakan ini dengan mengumpulkan sekumpulan pencuri separa cekap dan seorang dalang, Damian (Tristan Ullao), yang perwatakannya hampir sama dengan Profesor.

Persamaan nyata dengan siri terdahulu ialah, ia masih punya elemen mendebarkan biarpun kadangkala ada adegan yang agak membosankan.

2. Jo Pil Ho: The Dawning Rage

Filem ini untuk mengenang kembali kerjaya lakonan mendiang Lee Sun Kyun yang telah ditemui mati baru-baru ini. Jika anda salah seorang yang meminati aktor ini, filem Jo Pil Ho: The Dawning Rage masih boleh ditonton di Netflix sehingga 19 Januari ini.

Ia merupakan sebuah filem aksi Korea Selatan 2019 yang ditulis dan diarahkan oleh Lee Jeong Beom. Selain dibintangi oleh Lee Sun Kyun, ia juga dibarisi oleh Jeon So-nee, Park Hae-joon dan Song Young-Chang sebagai watak utama.

Filem ini bermula apabila Jo Pil-ho (Lee Sun Kyun), seorang pegawai polis yang korup, terlibat dalam satu letupan di unit simpanan polis yang sepatutnya dirompak. Sebagai satu-satunya yang terselamat, dia dipersalahkan atas kejadian itu. Lebih merumitkan keadaan apabila kematian anak buahnya, Han Gi-cheol di unit simpanan itu didapati berlaku sebelum letupan.

Jo tidak lama kemudian menyedari bahawa sebelum kematiannya, Han telah menunjukkan bukti rasuah terhadap salah satu konglomerat terbesar di negara itu. Han telah menghantar satu salinan bukti kepada Jo dan satu lagi kepada seorang gadis sekolah menengah bernama Mi-na (Jeon So-mi).

Ketika menjejaki dan berhadapan dengan gadis itu, Jo terheret lebih jauh ke dalam konspirasi yang lebih teruk. 

3. The Mother

Filem aksi yang diarahkan oleh Niki Caro dan ditulis oleh Misha Green, Andrea Berloff dan Peter Craig ini mengisahkan tentang seorang penembak tepat (Jennifer Lopez) yang terpaksa melepaskan hak penjagaan ke atas anaknya dan melarikan diri dari pengedar senjata berbahaya Hector Alvarez (Gael García Bernal) dan Adrian Lovell (Joseph Fiennes).

Tindakannya itu bukan kerana tidak mahu bertanggungjawab, tetapi terpaksa demi memastikan keselamatan anaknya terjamin. Namun, apa yang ditakuti berlaku jua apabila pihak musuh dapat menjejaki anaknya dan menjadikannya tebusan bagi membalas dendam terhadap si ibu.

Penampilan Jennifer Lopez dalam filem ini mengingatkan kita bahawa wanita ini cukup selesa beraksi  dengan senjata. Tidak berlebihan jika meletakkan dia sebaris dengan Liam Neeson, Denzel Washington, dan Bob Odenkirk yang sinonim dengan filem-filem aksi lasak yang mendebarkan. 

Biarpun filem ini dicadangkan sebagai filem yang mesti ditonton pada hujung minggu ini, suka diingatkan bahawa ia masih punya kelemahan yang mungkin menimbulkan rasa bosan pada sesetengah orang. Satu, jalan cerita agak klise. Tiada kejutan atau plot twist. 

4. Murder Mystery 2

Perfect! Untuk anda yang mahu memecahkan tawa sepuas-puasnya. Jika anda sudah menonton sekuel pertama, jangan lagi tangguhkan niat untuk menonton Murder Mysteri 2 . Ia adalah filem yang sesuai untuk berehat selepas melalui hari yang panjang. 

Keserasian Jennifer Aniston dan Adam Sandler sememangnya tidak dapat ditandingi. Keletah komedi mereka nampak bersahaja dan ini menjadikan gandingan mereka sempurna dalam filem komedi arahan Jeremy Garelick ini. 

Walaupun tajuk filem ini kedengaran serius, namun ia bukanlah filem thriller yang serius atau drama yang memerlukan penghayatan tinggi. Ia hanyalah komedi yang menyeronokkan dan ringan yang direka untuk membuat anda ketawa dan berasa gembira. Plotnya hebat, watak-wataknya menarik, dan jenaka yang dipersembahkan juga menjadi. Senang cerita, tidak klise atau membosankan. 

Selain boleh melihat beberapa bintang daripada sekuel pertama, Murder Mystery 2 juga membawa beberapa muka baharu seperti with Mark Strong, Mélanie Laurent, Jodie Turner-Smith, Kuhoo Verma, dan Enrique Arce. 

Murder Mystery 2 adalah filem gabungan aksi, humor dan misteri yang mengajak penonton untuk sama-sama menyelesaikan misteri pembunuhan yang membingungkan. 

5. Intimacy

Intimacy adalah siri Sepanyol yang mula menemui penonton pada 2022. Drama berkisar tentang dunia politik ini hanya terdiri daripada lapan episod. Sebagai wanita, anda mesti tonton siri yang memperjuangkan hak wanita ini. 

Intimacy memperkatakan tentang kesan jenayah siber yang mampu membunuh seseorang jika ia tidak diuruskan dengan baik. Pesalah harus dikenakan hukuman seberatnya, dan setiap individu perlu memainkan peranan untuk menghentikan penyebaran video yang boleh merosakkan kehidupan seseorang. Dalam kes ini adalah wanita.

Kisah ini bermula dengan permulaan yang suram, apabila penonton dibawa ke adegan di mana seorang wanita berjalan ke laut dalam sambil bermonolog – “adakah anda terlalu mempercayai seseorang?”

Wanita itu segera terbaring tidak bermaya di permukaan air. Wanita ini adalah Ane, yang foto dan video intimnya tersebar di tempat kerja dan gangguan yang dihadapinya akhirnya meruntuhkan emosinya sehingga mendorongnya untuk membunuh diri!

Penonton kemudiannya diperkenalkan kepada Malen Zubiri, timbalan datuk bandar Bilbao yang bakal diisytiharkan sebagai calon untuk penggal baharu. Tetapi malangnya, suatu hari video seksnya dengan seorang lelaki tidak dikenali tersebar di media sosial yang meletakkan kerjaya di hujung tanduk. - Getaran, 30 Disember 2023

Isu Pada

Kepulangan Hafiz Suip 30 Dis

30 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

4

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

2

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

5

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM