Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

Filem & TV Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 8:20AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem bertemakan kepolisan bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia. Sejak tahun 80-an lagi, kita sudah dihidangkan dengan filem-filem yang mengangkat badan beruniform ini sebagai subjek utama. 

Rumah produksi Skop Production adalah antara produksi yang paling arif mengenai filem kepolisan. Jadi apabila Astro Shaw mengumumkan kerjasama mereka bersama Skop Production bagi menerbitkan filem Sheriff, pastinya ramai meletakkan harapan yang tinggi terhadap filem ini.

Dua produksi mega bergabung, apa lagi yang boleh diharapkan oleh pencinta filem tempatan kalau bukan sebuah filem hebat yang sarat dengan aksi, lakonan mantap dan jalan cerita mendebarkan.

Diterajui oleh pengarah muda berbakat besar, Syafiq Yusof, Sheriff adalah satu lagi taruhan anak Datuk Yusof Haslam ini untuk membuktikan dia juga adalah antara pengarah filem terhebat tanah air.

Dan bagi saya, Sheriff berjaya membuktikan bahawa Syafiq adalah antara pengarah filem Malaysia yang tidak akan mengecewakan penonton dan mampu membuatkan anda melekat selama 120 minit di atas kerusi pawagam.

Resepi utama Skop Production iaitu menerapkan nilai komersial dalam setiap karya seninya diteruskan dengan filem Sheriff.

Wajah-wajah papan atas dipilih sebagai tunjang utama filem ini, terdiri daripada Zul Ariffin yang membawakan watak utama sebagai Sheriff, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan. 

Filem ini dibuka dengan babak yang pada saya berjaya memaku penonton untuk terus menyelusuri keseluruhan cerita. 

Di awal cerita, Syafiq Kyle yang memainkan watak anggota polis Unit Narkotik dikenali sebagai Nazri berjaya menahan ketua pasukannya, Tuan Malik lakonan Shaharuddin Thamby yang datang menemui tokan dadah di satu lokasi rahsia. 

Berang dengan perbuatan khianat ketuanya sendiri, Nazri telah membunuh ketuanya dengan kejam dan menabur dadah di atas mayat yang selesai dicuci dan dibalut. 

Rupanya Tuan Malik bukanlah orang pertama dibunuh Nazri, sebaliknya ramai mangsa telah dibunuhnya dengan cara yang sama sehingga dia digelar sebagai ‘Meth Killer’.

Pada masa sama , Sheriff ditugaskan untuk mencari ‘Meth Killer’ yang diyakini adalah seorang daripada anggota pasukan narkotik berdasarkan cara pembunuhan serta pemilihan mangsa. 

Seorang anggota polis khas iaitu Jennifer atau Jane, lakonan Elizabeth Tan ditugaskan untuk menangkap ‘Meth Killer’, sementara yang lain harus mencari Tony Ifrit lakonan Datuk Aaron Aziz yang juga tokan dadah. 

Konflik semakin tegang apabila kakak Nazri iaitu Syazlin lakonan Azira Syafinaz turut berada dalam pasukan yang sama dengan adiknya. Syazlin turut disyaki sebagai ‘Meth Killer’ apabila rakaman kamera litar tertutup dalam pejabat menunjukkan dia masuk ke dalam bilik Tuan Malik sebelum lelaki itu ditemui mati dibunuh. 

Selain Sheriff, Meth Killer turut diburu Tony Ifrit yang berang kerana sejumlah besar orang kuatnya yang menjadi mangsa pembunuh itu.

Operasi untuk menangkap Tony Ifrit juga sering gagal kerana terdapat individu dalam Unit Narkotik yang menjadi tali barut. 

Pujian harus diberikan kepada semua pelakon kerana berjaya membawakan watak masing-masing dengan baik terutamanya Shafiq Kyle dan Zul Ariffin.

Mimik muka penuh emosi Syafiq dan lakonan bersahaja Zul benar-benar memberi kesan. Elizabeth Tan juga cemerlang sebagai pegawai polis. Tiga kali berlakon di bawah arahan Syafiq telah meletakkan bakat lakonannya ke satu aras yang lebih tinggi. 

Seperti biasa, Syafiq bijak bermain dengan plot yang sering membuatkan penonton tidak senang duduk kerana berteka teki siapakah di antara mereka yang merupakan gunting dalam lipatan.

Paling penting, dia berani membuka sisi gelap pegawai polis yang terlibat dengan kegiatan rasuah dan jenayah bunuh. 

Bajet RM6 juta tidak disia-siakan begitu sahaja apabila Syafiq turut membina set khas untuk filem ini. 

Pejabat polis dibinanya sendiri supaya kelihatan berbeza dengan filem-filem yang pernah diterbitkan sebelum ini. 

Sinematografi filem ini juga memuaskan. Teknik penggunaan kamera yang cantik telah mengindahkan lagi landskap filem ini. 

Dialog dalam filem ini juga sangat berbekas di hati penonton terutamanya dialog:  “Ini Malaysialah, Perdana Menteri pun boleh masuk penjara”. 

Saya lihat ramai penonton bersorak dan bertepuk tangan saat Zul Ariffin melafazkan dialog ini. 

Jika anda dahagakan filem aksi kepolisan yang tidak klise, Sheriff adalah pilihan yang paling tepat. Khabarnya filem ini sudah berjaya mengumpul RM1 juta ketika tayangan awal 17 April lalu.

Ini adalah petanda bahawa filem ini akan berjaya memenangi hati penonton filem tanah air. - Getaran, 19 April 2024

Getar : 4 1/2 

Foto : Astro Shaw

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

2

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

4

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

5

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

6

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

7

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Masdo Bakal Gegarkan Resorts World Awana Dengan Konsert Percuma 

Bakal berlangsung pada 25 Mei ini, konsert adalah eksklusif untuk ahli Kad Genting Rewards

oleh Rahayu MN

Selebriti 21 jam yang lalu

Irma Hasmie, Redza Sudah Bercerai - Teman Baik

Pasangan itu disahkan bercerai enam bulan lalu dalam perkongsian di akaun Instagram Reen Emran

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 17 jam yang lalu

Jadilah Wanita Yang 'Mahal',  Usah Bergaduh Rebut 'Buaya' - Thalia Baiduri

oleh Sophia Ahmad