Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Filem & TV Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 12:15PM

gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih 40 tahun dalam industri seni, pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam yang sinonim dengan drama dan filem kepolisan menyifatkan buah tangan terbaharu produksinya, 'Sheriff' sebagai karya genre paling jujur pernah dihasilkan.

Mengetengahkan sisi gelap dunia kepolisan, Pengerusi Skop Productions Sdn Bhd (Skop Productions) yang juga Penerbit Eksekutif Bersama filem berkenaan berkata, keterbukaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan memberikan 'lampu hijau' dalam pembikinan filem arahan Shafiq Yusof itu telah melancarkan proses penghasilannya.

"Sepanjang menghasilkan filem dan drama kepolisan, setiap skrip dinilai pihak polis, (kalau dulu) memang tak boleh menunjukkan sisi gelap, memang tak bagi dan skrip kena ubah.

"Jalan cerita filem ini lain daripada apa yang saya pernah buat, bukan macam zaman saya buat Gerak Khas dulu, mesejnya kita boleh hadam sendiri, " katanya pada malam gala filem berkenaan, baru-baru ini.

Penerbit drama bersiri Gerak Khas sejak 1999 itu juga menyifatkan penghasilan filem dibintangi pelakon Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan juga sebagai antara anjakan paradigma dalam penghasillan filem aksi tempatan.

gambar FB Astro Shaw Sdn Bhd
gambar FB Astro Shaw Sdn Bhd

Sementara itu, Shafiq menyifatkan filem aksi ngeri yang menelan belanja RM6 juta itu sebagai karya paling susah dihasilkan selepas filem KL Special Force (2018), Abang Long Fadil (2014) dan Polis Evo 3 (2023) kerana mengambil masa penggambaran selama 81 hari.

Syafiq juga mendedikasi karya berkenaan kepada Yusof kerana menjadi individu penting dalam menyumbang idea asal.

"Saya nampak filem ini sangat penting untuk dia (Yusof) yang telah terlibat 40 tahun buat filem, tiap-tiap malam saya nampak dia tulis cerita polis... jadi saya tanya nak buat cerita polis apa lagi, dia cakap temanya integriti, dari situ saya kembangkan tetapi ini merupakan filem dia," katanya.

Filem Sheriff terbitan dua studio gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw menampilkan konsep baharu yang jarang dipersembahkan dalam karya tempatan dipanggil 'reverse whodunnit' atau lebih dikenali sebagai 'howcatchem' iaitu penonton sudah tahu siapa pembunuh dalam cerita terbabit, tetapi fokusnya bagaimana pembunuh itu akan ditangkap.

la mengisahkan Nazri, polis dari Jabatan Narkotik lakonan Syafiq Kyle yang berasa terdesak untuk menyelesaikan sindiket dadah Tony Ifrit (Aaron Aziz) yang semakin berleluasa selepas Tony terlepas daripada hukuman.

Pada masa yang sama, Sheriff dari Jabatan Integriti telah dihantar pihak Bukit Aman untuk menyelesaikan kes 'Meth Killer' dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam tempatan dan Singapura bermula hari ini (18 April). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

2

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

3

Pelaksanaan Hukuman Sebat Di Khalayak Di Bawah Bidang Kuasa Negeri - Mohd Na'im

4

90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan

5

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM

6

Muat Naik Video Dikatakan Aibkan YDPA, Papagomo Ditahan Polis

7

Pengurus Dan Pegawai Keselamatan Kebakaran Di Premis, JBPM Dalam Proses Pinda Akta

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

oleh Helmi Anuar

Selebriti 22 jam yang lalu

Nora Danish Akui Perkahwinan Dilanda Krisis, Manakala Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

Masalah rumahtangga kedua-dua pasangan artis mula dihidu sejak tiada perkongsian mengenai pasangan masing-masing

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

Episod akhir drama lakonan Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won itu berjaya catat 24.9 peratus tontonan pada 28 April lalu, sekali gus mengatasi pencapaian Crash Landing...

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

4 Juta Dijangka Tonton Episod Akhir Lelaki Itu Malam Ini

oleh Wartawan Hiburan Getaran