web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Filem yang ditayangkan di 73 skrin di Malaysia, berjaya memperoleh kutipan lebih RM2 juta dalam tempoh empat hari selepas tayangannya

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2024 4:17PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Filem Tamil aksi sukan 'Lal Salaam' yang mula ditayangkan di seluruh dunia pada 9 Februari, menggabungkan elemen perpaduan menerusi sukan kriket, dengan penampilan khas bintang terkemuka India, Rajinikanth menjadikannya lebih menarik lagi.

Filem arahan anak perempuan Rajinikanth, Aishwarya, filem ini menyelami kompleksiti perpaduan kaum yang terjalin menerusi sukan kriket secara spesifiknya di sebuah pekan kecil di barat Tamil Nadu.

Tema utama filem ini berterusan dipaparkan menerusi lakonan hebat Rajinikanth sebagai seorang bapa yang mahu melihat melihat anaknya berjaya mewakili India dalam sukan kriket.

BERNAMA atas jemputan MSK Cinemas Sdn Bhd turut menonton tayangan perdana filem itu pada 9 Februari, mendapati naratif filem itu dilayarkan secara nuansa, tersirat dan menyelitkan sekilas suasana kehidupan penduduk pekan itu yang berhadapan dengan ketegangan masyarakat akibat agenda politik.

Dengan lakon layar yang mencetuskan ketegangan, ia seringkali membawa penonton menghayati sepenuhnya watak-watak dalam filem itu.

Elemen menonjol dalam filem itu adalah persaingan antara Thirunavukkarasu (Vishnu Vishal) dan Samsudheen (Vikranth), seteru zaman kanak-kanak yang terbawa-bawa permusuhan itu ke gelanggang padang, sehingga memecahbelahkan penduduk kampung.

Permulaan 'Lal Salaam' menjadi asas untuk membiasakan penonton dengan permasalahan penduduk kampung itu dan kemudiannya momentum naratif filem itu meningkat, kemunculan watak Rajinikanth yang memberikan filem itu arah baharu.

Perwatakan Rajinikanth sebagai Moideen Bhai, seorang pemimpin beragama Islam memperjuangkan aspirasi anaknya, dalam masa yang sama membawakan keharmonian dalam komuniti, amatlah terpuji. Penjiwaan dialognya yang bersemangat menusuk ke hati, membawakan sentimen perpaduan dan patriotisme yang memukau penonton.

Lakonan Vishnu Vishal dan Vikranth yang baik, membawakan watak pemain kriket terperangkap dalam konflik sosio-politik lebih besar. Skor muzik filem gubahan legenda AR Rahman, memberikan dimensi tambahan kepada filem itu.

Pengarah Aishwarya yang kembali dalam pembikinan filem selepas berehat lapan tahun, berjaya menyampaikan naratif yang tepat pada masanya dan relevan dalam landskap sosio-politik hari ini.

Walaupun plot tertentu mungkin boleh diperjelaskan lagi dan beberapa adegan boleh diperkemaskan, namun secara keseluruhannya mesej perpaduan berjaya dibawakan dengan baik.

Pada dasarnya, 'Lal Salaam' menjanjikan sebuah drama sosial yang menyayat hati, penuh dengan mesej dan lakonan yang memukau.

Penonton akan terpesona dengan lakonan Rajinikanth dan penceritaan mengenai kriket, kepercayaan dan usaha mencapai keharmonian di tengah-tengah perpecahan masyarakat. Seperti yang ditegaskan oleh Moideen bhai dalam filem itu 'kemanusiaan mengatasi segalanya' - sesuatu yang akan diingati penonton selepas filem itu tamat.

Sementara itu, Pengarah Urusan MSK Cinemas Sdn Bhd, Saradha Sivalingam selaku pengedar filem 'Lal Salaam' di Malaysia, menyatakan bahawa filem itu ditayangkan di 73 skrin di Malaysia dan telah memperoleh lebih RM2 juta dalam tempoh empat hari selepas tayangannya.

Beliau berkata, perkara itu mungkin disebabkan oleh peminat Rajinikanth yang ramai di Malaysia yang menjadi lokasi pengambaran adegan filemnya Kabali. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 11 jam yang lalu

Disangka Sudah Berkubur, 'Gerak Khas' Hidup Semula Selepas TVS Ambil Alih Legasi Drama Ikonik

oleh Rahayu MN