web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2024 8:19AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUBAI - Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan menyuarakan komitmennya untuk memajukan inovasi teknologi dalam industri filem India selain menggalakkan harapan melalui penceritaan dalam filem.

Berucap di World Governments Summit (WGS) 2024 di sini pada Rabu, beliau mengulangi semula komitmen untuk memajukan teknologi dalam industri filem India, sejajar dengan matlamat 'tematik' beliau.

"Seiring dengan peredaran masa, saya percaya inti pati karya saya semakin bermotivasi ke arah membawa teknologi baharu ke dalam industri perfileman India," katanya sambil menekankan peranan penting inovasi dalam membentuk landskap masa depan filem.

Pelakon dan penerbit filem India itu berkata walaupun mendalami naratif kesedihan dan tragedi dalam beberapa usahanya yang lepas, objektif utamanya tetap untuk menyuntik rasa optimisme dan peningkatan yang berterusan ke dalam penciptaan karya sinematik.

"....tetapi di satu tempat di sepanjang perjalanan, saya hanya berharap saya dapat memberi inspirasi kepada harapan melalui filem saya," katanya.

Dalam sesi yang dikendalikan oleh Richard Quest, penyampai berita untuk CNN International, Khan juga mengimbau perjalanannya dari permulaan yang sederhana hingga ke kemasyhuran ikonik.

"Saya mahu menamatkan kerjaya saya (yang jauh daripada berakhir sekarang) dengan menghasilkan filem-filem yang digemari oleh seluruh dunia. Saya juga mahu filem-filem saya ditayangkan dalam bahasa Arab supaya lebih ramai yang dapat memahaminya," kata pelakon filem 'Kuch Kuch Hota Hai' itu. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad