web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Tular Di Media Sosial, Wanita Benarkan Anak Berdiri Melalui ‘Sunroof’ Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 43 minit yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2026 8:11PM

Tindakan dua kanak-kanak ini berdiri melalui bumbung suria menimbulkan kebimbangan orang ramai

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita ditahan polis selepas video yang memaparkan dua kanak-kanak berdiri dengan bahagian badan terkeluar melalui bumbung suria (sunroof) sebuah kenderaan yang sedang bergerak, tular di media sosial.

Difahamkan, siasatan dijalankan atas dakwaan pengabaian kanak-kanak dan perbuatan cuai yang membahayakan.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6 petang semalam di Lebuhraya Grand Saga berhampiran Kampung Batu 10, Cheras, dan dirakam oleh seorang pengguna jalan raya lain.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata, polis mengesan video berkenaan di aplikasi Threads hari ini.

“Polis sebelum itu telah menerima satu laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 5.28 petang semalam,” katanya.

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas dakwaan mengabaikan kanak-kanak serta Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan cuai yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

"Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, pesalah boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara. 

"Bagi kesalahan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan pula, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM500, atau kedua-duanya sekali," katanya.

Naazron berkata, suspek yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 30 tahun serta ibu kepada dua kanak-kanak perempuan berusia empat dan enam tahun tampil secara sukarela di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini, sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

"Wanita itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya dirakam," katanya.

Beliau turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas dan mengutamakan aspek keselamatan, khususnya apabila melibatkan kanak-kanak, bagi mengelakkan kejadian yang boleh mengancam nyawa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Tharani Sivarajan di talian 017-733 1935 bagi membantu siasatan. - Getaran, 5 Julai 2026.

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Semasa 2 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Semasa 3 hari yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

Sorotan

1

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

2

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

4

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

5

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

6

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 minit yang lalu

Malaysia, Singapura Laksana Sistem Imigresen Digital Baharu, Berkuat Kuasa Januari 2027

oleh Sophia Ahmad