web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 12:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya industri perfileman negara kembali menjadi bualan selepas filem Sheriff:Narko Intergriti mendapat sambutan hangat pencinta filem tanah air. 

Filem arahan Syafiq Yusof terbitan Skop Production dan Astro Shaw itu berjaya mengutip RM16.3 juta selepas empat hari tayangan.

Di media sosial, sana sini netizen bercakap mengenai Sheriff. Masing-masing rancak membuat ulasan mereka tersendiri berhubung filem yang dibintangi oleh Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan ini. 

Ramai yang memberikan pujian mengenai jalan cerita filem ini yang berani memaparkan sisi gelap anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Disebabkan itu, ramai juga netizen mencadangkan agar Syafiq membuat filem yang mendedahkan sisi gelap anggota beruniform yang lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Cadangan netizen untuk filem Syafiq Yusof akan datang.
Cadangan netizen untuk filem Syafiq Yusof akan datang.

Ada juga yang mahu Syafiq membongkar sisi gelap ahli politik tanah air, petugas di Pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Kerja Raya (JKR).

Tidak terhenti di situ, netizen turut mencadangkan supaya sisi gelap PUSPAKOM dijadikan filem kerana dikatakan terdapat banyak kegiatan rasuah yang berlaku. 

Cadangan netizen untuk filem Syafiq Yusof akan datang.
Cadangan netizen untuk filem Syafiq Yusof akan datang.

Bagi anda yang sudah menonton filem Sheriff, pastinya ramai mengharapkan sekuel filem ini kerana babak akhir seakan memberi 'hint' bahawa akan ada siasatan terhadap individu di sebalik institusi kehakiman negara. 

Filem Sheriff:Narko Integriti mengisahkan mengenai seorang anggota khas PDRM dikenali sebagai Sheriff lakonan Zul Ariffin yang berperanan untuk menangkap polis yang melakukan kesalahan.

Terdapat kes pembunuhan bersiri yang berlaku dan salah seorang anggota polis daripada unit narkotik menjadi suspek utama kerana mangsa terakhir yang dibunuh adalah ketua pasukan unit narkotik. - Getaran, 23 April 2024

Foto : Astro Shaw & Facebook

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Bangga Dengan Filem Sheriff Narko Integriti

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Raih Kutipan 41 Juta -  Demam Polis Evo 3 Melanda Rakyat Malaysia, Dilabel  Filem Hebat Setaraf Hollywood  

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang