web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Bangga Dengan Filem Sheriff Narko Integriti

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2024 8:19AM

Anwar Ibrahim bertemu barisan pelakon Sheriff Narko Integriti selepas menonton filem itu malam tadi. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa kagum, bangga dan terkesan dengan filem Sheriff Narko Integriti yang ditonton beliau malam tadi.

Beliau berkata filem itu sarat dengan mesej mendalam mengenai peranan agensi penguatkuasa dalam negara dan pada masa sama, memuji penerbitan filem Melayu yang semakin maju serta kreatif.

"Cerita ini papar kelemahan dalam suatu pasukan tapi juga ada kekuatannya dalam Malaysia (penguatkuasa) iaitu tidak kurang orang yang sangat mempertahan integriti serta menolak kecurangan seperti gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian selepas menonton tayangan khas filem itu di pawagam GSC di sini.

Terdahulu, Anwar bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meluangkan masa kira-kira dua jam setengah menonton filem itu.

Beliau berkata filem arahan Syafiq Yusof itu turut membuka lebih banyak ruang kepada kerajaan dan kementerian untuk menyemarakkan industri perfileman negara.

"Kalau inilah prestasi yang kita capai pada masa depan, dunia perfileman Melayu itu sangat cerah.

"Pihak kerajaan dan agensi terkait akan beri kerjasama untuk memungkinkan kreativiti serta menyemarakkan penyuburan seni seterusnya memungkinkan daya cipta dan kreatif," katanya.

Anwar turut menggesa mana-mana pihak yang belum menonton Sheriff Narko Integriti agar berbuat demikian dengan mengambil kira keupayaan filem itu yang membanggakan.

Hadir sama pelakon Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Aaron Aziz serta Elizabeth Tan dan penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim yang turut mengetengahkan bakatnya menerusi filem itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

2

Video & Galeri 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: PM Lahir Harapan Untuk Pengundi Awal Pilih PH

3

Politik 5 jam yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

4

Pendidikan 1 hari yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad