web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

Filem Abang Adik yang ditayangkan di platform penstriman Netflix merupakan versi 'director's cut' dan untuk tontonan penonton antarabangsa 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2024 8:04AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Filem Abang Adik berjaya mendapat perhatian peminat filem di Malaysia sewaktu ditayangkan hujung tahun lalu. 

Kini filem arahan Jin Ong itu ditayangkan di platform penstriman popular, Netflix.

Namun apa yang membuatkan ramai yang terkejut menonton filem lakonan Jack Tan dan Wu Kang Ren versi Netflix itu adalah terdapat babak panas yang tidak ditayangkan di pawagam.

Babak tersebut menampilkan Jack Tan melakukan hubungan seks dalam keadaan bogel. 

Jack Tan
Jack Tan

Jack Tan sewaktu ditemui Getaran di tayangan perdana filem Gold berkata babak tersebut adalah untuk versi tayangan di luar negara. 

"Saya sedar dan nampak ada yang komen bahawa mereka terkejut menonton babak tersebut. 

"Tetapi jika anda menonton menerusi Netflix, ia sudah tertera bahawa filem ini mengandungi babak seks dan bogel. 

"Apa yang ditayangkan di Netflix adalah 'director's cut' dan untuk tayangan antarabangsa. 

"Saya tiada kuasa untuk tentukan babak mana yang harus ditayangkan", katanya. 

Ditanya tentang perubahan yang dialami sejak namanya meledak menerusi filem Abang Adik, kata Jack dia terasa seperti biasa sahaja. 

"Saya rasa biasa sahaja. Pada saya sebagai seorang pelakon, apa yang penting adalah kerja keras dan fokus pada sesuatu projek.

"Tak kisahlah mana-mana projek yang berjaya ataupun tidak, pada saya sama sahaja," ujarnya.

Jack Tan bersama atlet badminton paralimpik negara Cheah Liek Hou semasa tayangan perdana filem Gold.
Jack Tan bersama atlet badminton paralimpik negara Cheah Liek Hou semasa tayangan perdana filem Gold.

Terbaru, Jack bakal muncul dengan filem Gold arahan Adrian Teh di mana dia melakonkan watak sebagai atlet badminton paralimpik negara yang memenangi pingat emas di temasya Olimpik Tokyo 2021 iaitu Cheah Liek Hou. Gold akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 11 Julai 2024. – Getaran, 7 Julai, 2024

Foto : Astro, Helmi Anuar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

4

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin