web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2024 8:23AM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai individu yang dahagakan perhatian (attention seeker) apabila mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, beliau tidak pasti dari mana bekas perdana menteri itu mendapat maklumat sehingga mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, sebelum ini, kerajaan sentiasa memberi ruang serta peluang kepada Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan kerana menghomati beliau yang pernah menjadi perdana menteri sebanyak dua kali.

Namun, Fahmi berkata, kerajaan tidak boleh sentiasa melayani karenah bekas perdana menteri itu.

"Pada pandangan saya, kita tidak perlu layan sangat," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini.

Semalam, Dr Mahathir ketika menyertai satu perhimpunan mendakwa rakyat negara ini hidup dalam keadaan tertekan akibat tekanan hidup.

Sementara itu, Fahmi menjelaskan sebelum ini beliau telah mendapat nasihat dan pandangan daripada Peguam Negara, penasihat undang-undang Kementerian Komunikasi serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berhubung dokumentari Man on the Run, dan ketiga-tiga pihak senada menyatakan tiada sebarang isu timbul ketika dokumentari itu ditayangkan pada Oktober lalu.

"Pada waktu itu, Lembaga Penapisan Filem telah memberikan kelulusan dan tidak berlaku sebarang isu sewaktu ia (dokumentari Man on the Run) ditayangkan kepada penonton," katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon supaya kerajaan mengarahkan perkhidmatan aplikasi penstriman, Netflix supaya menurunkan serta melarang tayangan dokumentari Man on the Run, yang mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tetuan Shafee & Co mendakwa dokumentari itu, yang ditulis serta diarahkan oleh Cassius Michael Kim, adalah subjudis dan memudaratkan pembelaan Najib dalam perbicaraan kes 1MDB yang masih berjalan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

4

Semasa 2 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

oleh Sophia Ahmad