web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

Program realiti yang ditunggu-tunggu ini akan menemui peminat bermula 19 Mac nanti

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2024 8:19AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi yang pernah menyaksikan ‘Physical: 100’ di platform penstriman, Netflix tahun lalu, pasti anda sudah ternanti-nantikan kehadiran musim kedua. Baru-baru ini, Netflix telah mendedahkan 100 peserta yang akan menyertai musim kedua program ini. 

Daripada 100 orang peserta yang mempunyai fizikal terbaik ini, hanya seorang peserta yang akan dinobatkan sebagai pemenang. Dia perlu bersaing dalam pelbagai cabaran sebelum layak membawa pulang hadiah wang tunai serta diiktiraf sebagai individu yang memiliki fizikal terbaik.

Physical: 100’ menjadi rancangan Korea pertama dalam sejarah yang mencapai tempat teratas dalam 10 Rancangan Teratas di Netflix (Bukan Bahasa Inggeris). Rancangan itu mendapat tempat dalam 10 senarai teratas di 82 negara berbeza dan mengumpul jumlah masa tontonan 192.63 juta jam dalam enam minggu.

Mengulas mengenai peserta untuk musim kedua program realiti itu, pengarah penerbitan (PD) Jang Ho Gi memberitahu, ramai atlet dan bekas pasukan kebangsaan yang mengambil bahagian pada kali ini.  

"Malah ada yang mengulas bahawa mereka merasakan bagaikan sedang bertanding dalam perlawanan sukan antarabangsa atau mereka berasa lebih tegang berbanding pertandingan sukan antarabangsa sebenar. Kerana itu, saingan kali ini lebih menjadi lebih sengit, di mana para peserta mula bersaing sesama sendiri sejak pertama kali mereka bertemu,” ulas Jang.

Penulis, Kang Sook Kyung pula mendedahkan ada di kalangan peserta yang berlatih sehingga 10 jam sehari bagi meningkatkan kekuatan fizikal mereka ke tahap maksimum. 

 “Antara cabaran fizikal yang mereka lakukan termasuklah memanjat pokok tinggi atau membawa beban mendaki gunung beberapa kali sehari, dan ada juga peserta yang membina badan untuk memainkan watak kegemaran mereka.

"Semua 100 peserta mempunyai cerita unik dan keyakinan yang tinggi, dan ini  menjadikannya sukar untuk kami mengkategorikan mereka," ulas Kang.

Jom lihat sendiri 100 peserta yang akan bersaing dalam program realiti ini. 

Jangan lupa janji temu dengan ‘Physical: 100 Season 2 – Underground’ yang akan mula ditayangkan pada 19 Mac hadapan. - Getaran, 3 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

4

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel