Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kepulangan Hafiz Suip

Jejaka berusia 33 tahun ini juga tidak terkecuali terpalit dengan gosip-gosip liar yang mendakwa itu dan ini sepanjang tempoh beberapa tahun ini. Biarlah tuan badan sendiri yang menyusun bicara, memberi penjelasan

TARA Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2023 12:57PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hafiz Suip, bukanlah satu nama yang asing bagi penggemar muzik tempatan, terutamanya yang mengikuti program realiti popular Akademi Fantasia. Bakat yang dimiliki oleh penyanyi asal Sarawak ini tidak perlu dipertikaikan lagi kerana sudah beberapa kali dia menjulang piala, menerima pengiktirafan yang diidamkan oleh ramai penggiat seni. 

Selain dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke 26 pada usia 21 tahun, Hafiz juga menang bergaya apabila berjaya menggondol anugerah vokal terbaik untuk tiga tahun berturut-turut iaitu pada 2010, 2011 dan 2012. 

Antara lagu yang berjaya melonjakkan popularitinya ialah Masih Jelas, Awan Nano, Noktah Cinta,  Ku Akui, Bahagiamu Deritaku, dan Kisah Cinta Kita. Sehingga kini lagu-lagu ini masih melekat di hati peminat. 

Namun, entah mengapa selepas satu demi satu kejayaan yang ditempa, Hafiz bagaikan membuat lencongan, menjauh dari dunia hiburan tanah air.  Segalanya bermula apabila dia memilih untuk bergerak sendiri pada 2017 selepas mengundurkan diri daripada sebuah pihak pengurusan artis.

Biarpun selepas itu Hafiz cuba membuat kemunculan semula, namun impak atau momentum tidaklah sama. Dia bagaikan tenggelam timbul dalam usaha untuk kekal relevan dalam radar hiburan tempatan.

Selain itu, lelaki berusia 33 tahun ini juga tidak terkecuali terpalit dengan gosip-gosip liar yang mendakwa itu dan ini sepanjang tempoh menyepikan diri. Penampilannya berambut hijau baru-baru ini turut memancing perhatian dan gosip lama berterbangan kembali.

Bagi mendapat jawapan yang pasti, TARA ‘meminang’ Hafiz sebagai wajah muka hadapan edisi kali ini. Biarlah tuan badan sendiri yang menyusun bicara, berkongsi cerita. 

Kembali Dengan Semangat Baharu

“Seperti yang telah saya jelaskan pada sidang media sebelum ini, penampilan berambut hijau itu bertujuan untuk meraih perhatian dan mempromosikan single terbaharu saya, ‘Terus Bersinar’. Saya perlu akur dengan kehendak semasa yang memerlukan elemen sensasi. Kalau tidak, tiada siapa yang peduli, jadi agak susah untuk menghebahkan buah tangan terbaharu ini. Mahu tak mahu, Saya perlukan lakukan sesuatu yang daring,” ujar Hafiz. 

Dalam masa yang sama, Hafiz juga mendedahkan dia kini sudah mula menyusun strategi untuk kandungan akaun media sosialnya, demi memastikan kehadiran dalam industri terus mendapat perhatian. 

“Dulu saya memang tidak berapa sangat dengan media sosial, saya hanya ada Facebook dan Instagram, tapi kini saya juga sudah ada akaun TikTok. Trend atau citarasa peminat sekarang tidak sama seperti di awal kemunculan saya dahulu. Kenalah kongsi benda-benda di belakang tabir. Saya berkongsi segala aktiviti seni dan aktiviti-aktiviti menarik yang dilakukan saban hari,” kongsi Hafiz.

“Cerita-cerita di belakang tabir ini ada tapisan jugak. Tak semua boleh dikongsi. Kalau nak tunjuk apa kegiatan keluarga saya, saya akan pilih-pilih dulu. Tujuh puluh peratus kandungan adalah tentang kerjaya, dan 30 peratus lagi tentang hal-hal lain,” tambahnya.

Bukan Merajuk, Tetapi Kumpul Kekuatan

Bukan merajuk, bukan juga mahu mengundurkan diri, tetapi ada banyak episod yang membuatkan Hafiz mengambil keputusan untuk memperlahankan kerjaya seni. Malah, ada suatu masa ia terpaksa menolak banyak tawaran kerja. Salah satu sebabnya adalah kerana masalah gelinciran tulang belakang (slip disc) yang dialaminya pada tahun 2016 lalu. 

“Jujurnya, mental down. Pernah rasa give-up. Namun, rencana Allah cukup indah. Apabila saya mula mendekatkan diri kepadaNya, saya ditemukan dengan seseorang yang memberi kata-kata semangat untuk terus kuat, tidak berputus asa. Kesakitan yang saya alami adalah punca hati saya berbelah-bahagi.

“Maklumlah, saya sudah tidak boleh ligat di atas pentas seperti dahulu. Selepas saya mendalami hal-hal agama, saya dapat kekuatan itu semula. Insya Allah saya sudah sedia dari segi mental dan fizikal untuk kembali,” ujar Hafiz yakin.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sebagai insan biasa, dia juga tidak terkecuali daripada mainan perasaan. Namun, dia tidak membiarkan diri terus hanyut kerana berpegang pada sebuah realiti. Dia tahu, dia punya tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah kepada dua anak. Perlu terus berdiri untuk menyara keluarga kecilnya itu. 

“Lama-kelamaan saya tersentak jua. Saya mula tersedar bahawa saya ada tanggungjawab kepada keluarga, ada isteri dan anak yang perlu saya sara. Saya mula fikir, saya kena berubah demi kebaikan semua. Jadi, sekarang saya boleh katakan Alhamdulillah, saya sedang memujuk diri untuk kembali aktif,” ujar Hafiz. 

Dalam masa yang sama, Hafiz juga menyatakan isteri dan anak-anaklah yang menjadi sumber kekuatannya selama ini. Apabila dia melihat wajah mereka, dia mendapat semangat untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan. 

“Keluarga saya sentiasa bagi sokongan, terutamanya isteri dan yang menjadi sumber kekuatan saya untuk bangkit ialah anak-anak. Mereka adalah motivasi untuk terus kekal positif dan melangkah ke hadapan. Saya perlu jalankan tanggungjawab demi masa hadapan mereka. Apabila sudah punya keluarga, saya tidak terlalu mengikut perasaan dan pentingkan diri sendiri sahaja,” kongsi Hafiz lagi. 

Dengan segala macam perkara yang dilaluinya, Hafiz mendedikasikan single terbaharunya, ‘Terus Bersinar’ untuk setiap insan yang bergelar anak. Bukan dirancang dari awal, tetapi bait-bait lirik membuatkan Hafiz terpikat dan menganggap lagu yang bergenre balada itu membawa mesej untuk seorang anak. 

"Apabila saya dapat lagu ini daripada Nova Music, saya terus sukakannya. Saya tidak pun mengenali mereka yang menghasilkan lagu ini memandangkan ini kali pertama kami berkolaborasi, tetapi mereka berjaya buat saya terpikat dan dapati liriknya cukup menarik.

“Saya pula memang dari dulu apabila keluar dengan single baharu, saya mahu ia punya jalan cerita tersendiri supaya boleh dikaitkan dengan kehidupan orang lain dan melekat di hati peminat,” ujar Hafiz. 

Idamkan Sebuah Konsert

Sebelum mengakhiri perbualan kami pada hari itu, Hafiz tanpa berselindung mengakui dia sebenarnya memasang impian untuk mengadakan sebuah konsert buat peminat-peminat setianya. Bagaimanapun, dia sedar bukan mudah untuk merealisasikannya kerana untuk menganjurkan sebuah konsert, ia memerlukan perbelanjaan yang besar. 

“Sudah 14 tahun saya bergelar seorang penyanyi, dan sudah semestinya saya ada memasang impian untuk mengadakan sebuah konsert. Tapi saya sedar bukan mudah untuk realisasikannya. Kena ada tajaan dan pasukan yang bagus untuk menjayakannya. 

“Saya impikan sebuah konsert yang boleh menterjemahkan perjalanan seni saya sejak bertatih lagi. Saya mahu nyanyikan lagu-lagu yang pernah melonjakkan nama Hafiz Suip. Saya suka tengok konsert Anuar Zain yang penuh dengan kejutan, itulah konsert yang saya dambakan,” kongsi Hafiz dalam nada teruja.

Cerita Hafiz lagi, dia juga akan bersyukur seandainya ada peluang untuk mengadakan konsert pada skala kecil, asalkan dia mampu mencipta detik-detik manis buat peminat. Dia mahu peminat untuk sama-sama berlagu dan menikmati sebuah konsert yang sukar dilupakan dalam tempoh yang panjang. 

“Moga ‘kepulangan’ ini membolehkan saya meraih lebih banyak peluang yang mampu membuatkan saya terus bersinar,” ujar Hafiz penuh pengharapan. - Getaran, 23 Disember 2023

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA - GETARAN

Wajah TARA : Hafiz Suip

Pengarang Urusan: M. Zulkifli Abd Jalil 

Penyelaras dan teks : Rahayu Mat Nah

Rekaletak : Jusmiyati Jufri

Penata Gaya : Noliya Sulaiman

Jurusolek :  Albin

Jurufoto : Afif Abd Halim

Juruvideo : Kamal Ariffin

Tajaan lokasi : Commune (KL)

Isu Pada

Kepulangan Hafiz Suip 30 Dis

30 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

2

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

4

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

5

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

6

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

7

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja