web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwa Anak Ditampar Senator, Bapa Sedia Bawa Kes Ke Mahkamah

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2026 9:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bapa kepada Nik Alif Aiman, Ir Ariffahmi Ab Rahman, sedia membawa kes melibatkan anaknya ke mahkamah, kerana percaya pemuda itu berkata benar. 

Tegasnya, beliau mahu menuntut keadilan selepas anaknya yang juga cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendakwa ditampar seorang senator.

Ariffahmi berkata, keyakinannya terhadap Alif Aiman tidak pernah goyah kerana anaknya merupakan pemimpin pelajar yang berwibawa dan tidak pernah berbohong, terutamanya dalam perkara yang serius.

"Saya percaya kepada anak saya. Dia telah bercakap benar, dan saya yakin dengan integritinya sebagai seorang pemimpin pelajar," katanya hari ini.

Jelas Ariffahmi, tempoh masa yang agak lama diambil sebelum laporan polis dibuat bukanlah disebabkan oleh faktor politik atau berkaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Johor seperti didakwa oleh sesetengah pihak.

Sebaliknya, beliau berkata, keluarga mereka telah memberi peluang kepada pihak universiti untuk menyelesaikan isu tersebut secara baik tanpa melibatkan laporan polis.

Walau bagaimanapun, beliau mendakwa, pihak universiti, sejak dari awal lagi dilihat cenderung menyebelahi individu yang didakwa terlibat dan cuba menutup kes tersebut tanpa bukti yang kukuh.

Ariffahmi berkata, tindakan tersebut menyebabkan isu itu menjadi lebih besar kerana pihak universiti gagal bertindak sebagai orang tengah yang adil dalam menyelesaikan pertikaian berkenaan..

"Pihak universiti seharusnya bertanggungjawab sebagai penganjur program di Janda Baik untuk menjaga maruah dan keselamatan pemimpin pelajar yang terlibat," katanya.

Beliau berkata, pihak keluarga kini bersedia untuk membawa kes tersebut ke mahkamah dan akan mendapatkan khidmat peguam yang baik untuk mendedahkan segala fakta dan dakwaan kepada umum.

"Kami yakin kebenaran akhirnya akan terbukti dan akan terus berjuang untuk mendapatkannya melalui saluran yang betul," ujarnya.

Terdahulu, cucu Nik Abdul Aziz mendakwa ditampar seorang senator semasa menghadiri program rasmi di sebuah universiti di Janda Baik, Pahang, pada 20 Mei lalu.

Nik Alif Aiman berkata, kejadian itu didakwa berlaku kira-kira jam 6 petang selepas berakhirnya sesi kuliah bersempena Program Pemerkasaan Negara 2.0 yang diadakan di Institut Latihan Memperkasakan Ummah (ILMU).

Menurutnya, penceramah jemputan semasa program tersebut adalah seorang senator yang juga diperkenalkan sebagai ahli Lembaga Pengarah sebuah universiti. – Getaran, 4 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Surat Tular Nik Abduh Minta Peralatan, Tenaga Kerja Kenduri Anaknya Benar

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 jam yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar