web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wan Hasliza: Orang Industri Sedang Marah

Pengarah, Wan Hasliza Wan Zainuddin mengulas kenyataan provokasi di media sosial CEO FINAS, Ahmad Idham

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2021 10:41AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengarah, penerbit dan penulis terkenal, Wan Hasliza Wan Zainuddin meluahkan perasaan lelahnya dengan penyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang tular di media sosial, baru-baru ini. 

Pengarah drama ‘Kampung People’ ini juga beranggapan reaksi CEO FINAS itu agak aneh dan tidak sepatutnya ditulis oleh seseorang yang mewakili badan kerajaan. 

“Ia satu reaksi yang janggal. I mean, I hope he gets to work,” keluhnya. 

Cuplikan kenyataan kontroversi di Instastory milik CEO FINAS sebelum dipadam pada 5 Februari 2021. Sumber: Instagram @ahmad_idham
Cuplikan kenyataan kontroversi di Instastory milik CEO FINAS sebelum dipadam pada 5 Februari 2021. Sumber: Instagram @ahmad_idham

Mengulas lanjut tentang kenyataan CEO tersebut, Wan berkata, “Orang industri sedang marah kerana isu tidak selesai. Setiap masa yang dibazirkan. Dia (CEO) harus utamakan isu. Harus buktikan dengan cara bekerja.”

“Sama ada kamu salah atau tidak, bukan permasalahannya. Hadapi mereka dan santuni perkara yang dibangkitkan. Redakan kemarahan mereka. Selagi tidak hadapi, selagi itu masalah ini akan berpanjangan.”

All this blame game. Dengan budaya media sosial sekarang, segalanya bakal tular. Sedar-sedar, kenyataan yang kamu tuliskan di Instastory itu tadi boleh membuatkan orang-orang industri mempersoalkan jawatan kamu. Ia tidak bagus untuk perwakilan,” tegasnya. 

“Kerana jika menghantar mesej bertulis seperti itu di media sosial, ia akan terakam menjadi sebahagian sejarah” - Wan Hasliza Wan Zainuddin, Pengarah. Gambar: Instagram @wanhaslizawz
“Kerana jika menghantar mesej bertulis seperti itu di media sosial, ia akan terakam menjadi sebahagian sejarah” - Wan Hasliza Wan Zainuddin, Pengarah. Gambar: Instagram @wanhaslizawz

Menurut Wan, sebagai CEO FINAS, Dr Ahmad Idham harus melihat dalam gambaran yang lebih besar serta mengutamakan objektif utama FINAS demi membantu penggiat-penggiat industri yang sedang berada dalam kesusahan di zaman pandemik ini. 

“Objektif utama FINAS adalah membantu orang-orang industri. Ramai orang industri yang terkesan dengan wabak ini serta SOP yang ditetapkan oleh MKN dan kerajaan. Walau bagaimanapun, kita faham dengan situasi sekarang.”

“Namun realitinya mereka tetap sahaja terjejas. Pendapatan terjejas. Ada antara mereka yang tidak punyai KWSP pun kerana mereka pekerja bebas. Ramai. Bagaimana mereka mahu teruskan kehidupan?” ujarnya. 

Wan turut berpendapat perbuatan semberono ini bukan sahaja mencalar imej FINAS malah bakal mengundang lebih banyak kemarahan daripada golongan seni kreatif yang terkesan.

Bahkan menurut pengasas KL Motion Pictures ini lagi, FINAS harus lebih kreatif, proaktif dan berfikir di luar kotak bagi mendepani ancaman COVID-19 dan sepatutnya bertindak menjadi badan utama yang melindungi kepentingan penggiat industri.

“FINAS umpama ‘ibu’ kepada orang-orang industri. Sebagai ‘ibu’, kamu harus menjaga kebajikan semua ‘anak-anak’ (persatuan dan penggiat industri) kamu. Kenapa kamu harus menjadi ibu yang sensitif? Yang cepat melatah?” soal Wan.

Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri, CEO FINAS. Gambar: Instagram @ahmad_idham
Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri, CEO FINAS. Gambar: Instagram @ahmad_idham

Tambahnya, “Maksud saya, jadilah profesional. Jika kita memiliki pemimpin yang bagus, yang boleh membantu semua pihak, saya yakin semua akan berhenti ‘berbunyi’. Sebagai ‘ibu,’ FINAS harus mendengar masalah dan keluhan semua anak-anaknya.”

“FINAS dan semua pemimpin industri harus duduk semeja dan bersemuka. Berbincang tentang bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini.”

“FINAS umpama ‘ibu’ kepada orang-orang industri” – Wan Hasliza Wan Zainuddin

“Saya faham, FINAS bertanggungjawab untuk perkembangan industri kreatif negara, tetapi perkara-perkara ‘renyah’ seperti ini juga harus diutamakan.”

“Jika rumah (induk) ini diserang ‘anai-anai’ (COVID-19), ‘anak-anak’ kamu tidak selamat. Selesaikan masalah dalaman terlebih dahulu. Sedarlah, ‘penyelenggaraan’ dan ‘penjagaan,’ kalau tidak boleh dijaga, usah bermimpi untuk ‘perkembangan’.”

“Pada akhirnya, semua orang tidak gembira dengan ‘ibu’ yang tidak membantu. ‘Ibu’ seharusnya melindungi kita,” tuntasnya. – Getaran, 6 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Muzik 4 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.