web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Penganjuran FFM31, Sudah Sampai Masanya FINAS Ubah Corak Pengisian Acara Ini

Penganjuran FFM sepatutnya sebuah acara meraikan sinema, akan tetapi ia dilihat tidak signifikan kepada pihak yang terlibat industri filem kerana lebih mengutamakan aspek glamor untuk selebriti.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 8:23PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Isu sama ada penganjuran Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) akan diteruskan atau dibatalkan masih belum ada jawapannya. 

 Biarpun pelbagai pihak dalam industri perfileman tanah air telah pun memberikan pandangan agar penganjuran FFM31 dibatalkan atau ditunda sehingga tarikh sesuai,  perkara itu masih belum diputuskan lagi pihak atasan. 

Malah, Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah dalam kenyataan yang diberikan kepada Diva RTM memberitahu bahawa pihaknya masih lagi  mempertimbangkan perkara itu. 

Susulan daripada itu, Portal Getaran telah melakukan sistem undian menerusi media sosial baru-baru ini. Wajarkah FFM31 yang sepatutnya berlangsung pada Oktober depan diteruskan? 

Hasil daripada undian yang dijalankan, majoriti responden tidak bersetuju iaitu sebanyak 80 peratus. Manakala yang bersetuju hanyalah sebanyak 20 peratus sahaja. 

Beberapa karyawan seni juga masih lagi mahu bersuara untuk memberikan pandangan mereka terhadap isu penganjuran FFM31 ini. 

Pengarah filem, Nordin Wahab atau lebih dikenali sebagai Din CJ, 55, berkata, dia sama sekali tidak bersetuju dengan pendapat segelintir karyawan serta penggiat filem yang mencadangkan agar FFM31 ditunda. 

“Bagi saya kenapa FFM31 perlu ditunda? Sebabnya, kita buat macam mana pun, COVID-19 tetap akan ada entah sampai bila. 

“Bukan macam itu cara kita membantu industri ini dengan memboikot FFM31. Kita kena faham, FINAS telah diberikan peruntukan untuk menganjurkan FFM31. 

“Itu kira macam KPI mereka juga. Mereka tidak boleh sesuka hati menggunakan duit peruntukan FFM31 bagi tujuan derma.

“Lagipun, sudah lama FFM tidak ada.Takkan kita hendak tolak apa yang sudah FINAS rancang selama beberapa tahun untuk FFM31?,” katanya.

Pengarah filem Andartu Terlampau… 21 hari Mencari Suami! dan Mr Cinderella 2 ini menegaskan karyawan serta penggiat filem seharusnya membantu industri dengan menyokong usaha FINAS. 

“Satu lagi, kalau betul kita nak bantu industri, kita patut beri saranan kepada FINAS supaya wujudkan peluang pekerjaan kepada karyawan serta penggiat seni. Ini yang kita perlukan sekarang ini. Ini yang paling kritikal,” katanya. 

Pengarah Shahili Abdan atau Namron, 52, menjelaskan, dia tidak begitu memikirkan isu FFM31 sama ada perlu diboikot atau sebaliknya.  

“Sebenarnya saya malas fikir isu ini. Saya hanya fikir soal kerja kerana sudah sampai masanya saya bekerja semula. 

“Jika penganjuran FFM31 bertembung dengan jadual kerja, saya akan pilih dahulukan kerja,” katanya. 

Namun, pengarah One Two Jaga ini tidak menafikan saranan beberapa persatuan, karyawan serta penggiat filem supaya penganjuran FFM31 ditunda buat sementara waktu ada benarnya. 

“Sekiranya syarikat produksi dibenarkan menjalankan penggambaran, saya percaya ramai akan sibuk bekerja.

“Pastinya banyak produksi yang akan menjalani penggambaran secara serentak. Tidak kiralah sama ada untuk produksi baru atau menyambung penggambaran yang sebelum ini tergendala.   

“Semua orang nak bekerja semula, nak cari duit. Kalau semua sibuk, siapa yang akan menghadiri FFM31? 

“Lagipun, FFM sudah tidak macam dulu. Penerima anugerah hanya naik pentas untuk terima anugerah dan tiada duit kemenangan disediakan. Ia hanya berlaku untuk satu malam. Esok lusa orang sudah lupa.

“Saya rasa ada bagusnya juga jika FINAS menitikberatkan soal pengisian penganjuran FFM31 supaya ia lebih relevan dengan perkembangan dan pembangunan industri perfileman tanah air,” katanya. 

Bagi pengarah filem, Muzzamer Rahman atau Muz Amer pula, dia tidak bersetuju jika FFM31 ditunda sebaliknya berpendapat pengisian penganjuran festival ini perlu diubah. 

“Penganjuran FFM pada setiap tahun dilihat lebih kepada majlis anugerah popular dan glamor untuk selebriti, bukan untuk meraikan sinema. Persepsi umum tetang FFM hari ini adalah mengenai red carpet, trofi, persembahan pentas serta busana tajaan.

“Maka, sebab itulah penganjuran ini dilihat membazir terutama dalam keadaan pandemik ini. Kenyataan ini bukan datang daripada masyarakat awam tetapi pekerja industri filem sendiri dan ia menunjukkan bahawa FFM tidak signifikan kepada pihak yang terlibat industri filem,” katanya. 

Jelas pengarah filem Prebet Sapu ini, FINAS boleh menggunakan senario pada hari ini untuk mengubah fungsi FFM iaitu daripada sekadar malam anugerah kepada festival sebenar yang mana meraikan sinema Malaysia tanpa belanja besar termasuklah mengadakan tayangan umum, seminar serta bengkel. 

“Ia boleh dijadikan platform untuk memperkenalkan hal ehwal sinema Malaysia. Berapa ramai tahu kita ada karyawan hebat bertaraf antarabangsa? 

“Tahukah kita ada filem Malaysia yang dipulihara oleh organisasi luar negara? Adakah industri kreatif memberikan pulangan terhadap ekonomi negara? 

“Paling penting, ia harus menjadi platform untuk masyarakat umum melihat industri kreatif sebagai sebuah industri penting. Karya wajar dirai, karyawan memberikan inspirasi kepada masyarakat dan pekerja filem diraikan sebagai pekerja  profesional,” katanya lagi menerusi akaun facebook miliknya, Muz Amer - Getaran, 21 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.