web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2026 6:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa telah dilantik sebagai Naib Presiden PKR berkuatkuasa serta merta.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pelantikan tersebut dibuat pada mesyuarat bulanan biro politik dan majlis pimpinan pusat parti itu di Batu Pahat, Johor, semalam.

Saifuddin sebelum ini merupakan Setiausaha Agung PKR, manakala Zaliha kini menyandang jawatan sebagai Pengerusi PKR Johor.

“Ia (pelantikan) adalah untuk terus memperkukuh dan memantapkan organisasi serta gerak kerja parti di peringkat pusat,” katanya hari ini.

Menurut beliau, Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat PKR juga memutuskan bahawa Kongres Tahunan Keadilan, yang pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 28 Jun, ditangguhkan kepada 14 hingga 16 Ogos, manakala lokasinya tetap di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

“Penangguhan ini dibuat bagi memberi ruang, terutamanya kepada PKR Johor dan Negeri Sembilan untuk mempertingkatkan kesiapsiagaan mereka dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,” ujarnya.

Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan melancarkan jentera PH negeri bagi PRN Johor ke-16 malam ini.

Terdahulu, PH Johor mengumumkan, gabungan itu akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya tersebut.

Pada PRN Johor 2022, BN memenangi 40 kerusi DUN, manakala PH (12), Perikatan Nasional (tiga) dan MUDA (satu).

Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan pada 1 Jun lalu setelah mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail. – Getaran, 8 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 6 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Politik 2 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

4

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad