web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Amaran Tegas Kepada Produksi Bawa Masuk Kru, Pelakon Tak Divaksin

Hanya individu yang lengkap divaksin sahaja dibenarkan berada di set penggambaran dan produksi diberi amaran keras agar tidak bersekongkol melanggar SOP.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2021 8:46AM

Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai penggiat seni mula menghela nafas lega apabila kerajaan mula melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) kepada Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara yang membenarkan aktiviti penggambaran setelah empat bulan dibekukan.

Namun begitu, kelonggaran yang diberikan Majlis Keselamatan Negara itu hanya terpakai kepada penggiat, pekerja, kru serta pelakon yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19.

Ketika syarikat produksi sudah mula merancang untuk menyambung penggambaran, terdapat juga beberapa cerita tidak sedap didengar membabitkan syarikat produksi yang dikatakan berdegil membawa individu yang tidak lengkap ataupun belum menerima suntikan vaksin ke dalam set penggambaran.

Kecewa dengan tindakan itu, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid mengingatkan penggiat seni agar kekal mematuhi SOP yang digariskan kerajaan agar tidak memburukkan nama baik industri kreatif negara.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid

“Kami memang kecewa dan terkilan dengan pelanggaran SOP yang telah ditetapkan MKN kerana kita masih berada dalam keadaan pandemik. Kes seperti ini (pelanggaran SOP) akan memburukkan nama baik industri kreatif negara. 

“Sehubungan itu, Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan telah diarahkan melipatgandakan kerja-kerja pemantauan di lokasi,” katanya ketika dihubungi Getaran baru-baru ini.

Menurutnya lagi, selain daripada membuat pemantauan mengejut, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci jika menerima laporan pelanggaran SOP oleh mana-mana syarikat produksi.

“Kami juga akan bertindak atas laporan contohnya jika terdapat pelakon atau kru yang belum divaksin berada di lokasi. Jika ada pelanggaran, kami akan hentikan kerja penggambaran serta-merta,” tambahnya lagi.

Turut berkongsi pendapat yang sama ialah Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr. Ahmad Ibrahim atau Mat London yang memberi amaran tegas kepada mana-mana syarikat produksi yang cuba melanggar SOP yang digariskan FINAS dan MKN.

Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr. Ahmad Ibrahim
Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr. Ahmad Ibrahim

“MKN menetapkan hanya mereka yang lengkap dua dos vaksin boleh masuk set penggambaran. Ini perkara yang kita tak boleh kompromi. Pengarah dan pengurus produksi kena patuh SOP ini. Semua perlu lengkap divaksin walaupun mereka hanya pelakon sampingan yang tugasnya hanya lalu-lalang di belakang,” katanya.

Mat London berpendapat, isu SOP ini tidak wajar diambil ringan kerana ia membabitkan keselamatan seluruh kru di samping mengelak daripada mencetuskan kluster baru dalam kalangan penggiat industri.

“Perkara ini penting supaya kita tidak mewujudkan kluster. Tambahan pula, ia boleh membawa risiko kepada nyawa dan keselamatan kru yang terlibat. Mereka semua ada keluarga.

“Vaksin ini tak wajib, tapi kalau anda anti vaksin, sila duduk di rumah tak payah campur dengan masyarakat. Anti vaksin tak ada tempat untuk shooting.  

“FDAM tegas dengan keputusan ini. Sesiapa yang terlibat dengan penggambaran mestilah menerima dua dos vaksin. Jangan cuba lawan prosedur yang digariskan kerajaan,” tambahnya.

Terdahulu, kerajaan telah membenarkan industri hiburan beroperasi semula melibatkan aktiviti seperti penggambaran, pembukaan pawagam, penyiaran siaran langsung, indoor busking (persembahan pemuzik jalanan di tempat tertutup), pameran seni di galeri seni, muzium secara temu janji serta persembahan seni teater. - Getaran, 14 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.