web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perkampungan Filem Mampu Bangunkan Ekosistem Industri Kreatif Hiburan - Jurey Latiff 

Dengan peruntukan RM350 juta, perkampungan filem yang diusulkan ini dianggarkan memiliki keluasan kira-kira 50 hingga 100 hektar dan set-set luar studio boleh dibangunkan mengikut beberapa fasa iaitu pra-merdeka, awal Merdeka dan zaman sekarang. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 4:30PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Datuk Jurey Latiff Rosli mengakui ada segelintir pihak mempersoalkan cadangannya meminta supaya kerajaan memperuntukkan RM350 juta kepada industri kreatif ketika pembentangan Belanjawan 2022 bagi membina sebuah perkampungan filem.

“Mereka kata apa perlunya Jurey cadangkan perkampungan filem ini sedangkan dahulu kita pernah wujudkan E-Village di Cyberjaya dan Ipoh. Kemudian, Pinewood. Tetapi, akhirnya semua jadi gajah putih. 

“Disebabkan itu, mereka melihat seolah-olah kita mahu mengusulkan sebuah lagi projek gajah putih menerusi perkampungan filem ini. Betul yang dulu itu tidak berjaya tetapi pada waktu  sama perkampungan filem ini memang sangat diperlukan," katanya kepada Portal Getaran. 

Dalam cadangan tersebut, Jurey menyatakan peruntukan sebanyak RM350 juta itu diperlukan untuk membina perkampungan filem meliputi pembinaan studio filem dengan reka bentuk set, peralatan teknikal, kemudahan pengeluaran pos, akademi dan kawasan kediaman untuk artis merealisasikan ekosistem baharu.

Gambar: Facebook Jurey Rosli
Gambar: Facebook Jurey Rosli

Menurut Jurey, cadangan tersebut sebenarnya adalah suatu solusi untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi industri kreatif hiburan khususnya sewaktu berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Kita lihat sendiri bagaimana pandemik COVID-19 telah memberikan kesan dan impak yang cukup besar buat industri perfileman tanah air. Kita tidak dapat membuat sebarang aktiviti penggambaran dan ia turut menjejaskan mata pencarian pekerja-pekerja industri kreatif. Seluruh ekosistem industri kreatif lumpuh disebabkan pandemik ini. 

“Dengan adanya perkampungan filem ini, ia akan dapat membantu membangunkan ekosistem dalam industri kreatif hiburan, selaras dengan apa yang dikemukakan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa di dalam ciapan Twitternya baru-baru ini. 

“Pertama, ia dapat meningkatkan pengeluaran drama melalui prasarana yang ada beserta dengan  sistem operasi yang lebih lancar, sekali gus mewujudkan produk berkualiti tinggi untuk pasaran antarabangsa. 

“Kedua, ia juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja filem.  Dengan adanya gaji bulanan tetap, mereka dapat membuat caruman dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bahkan, mereka juga turut mempunyai perlindungan insuran,” katanya. 

Kata Jurey lagi, sistem studio ini juga dapat membuka peluang pekerjaan buat graduan dari institusi pengajian tinggi tempatan dan swasta yang mendalami jurusan perfileman, manakala pekerja industri yang lebih senior akan dapat bersara dengan wang simpanan mereka.

“Malah, ia dapat mewujudkan data industri yang lengkap untuk sebarang rujukan atau penambahbaikan kepada industri pada masa akan datang,” katanya. 

Perkampungan filem yang diusulkan pihaknya ini dilihat dapat membantu menaiktaraf industri kreatif hiburan sebagai suatu komoditi budaya kerana ia mempunyai potensi untuk menjana pendapatan negara yang lebih tinggi pada masa depan. 

Hal ini selari dengan kanyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri KKMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin semalam bahawa industri kreatif menyumbang 1.9 peratus atau RM29.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berdasarkan laporan yang diperolehi Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2019.

“Bila ada perkampungan filem ini, kita sudah boleh hasilkan kandungan drama dan filem yang lebih baik dan tidak akan berdepan dengan masalah penggambaran yang tidak terkawal lagi serta main redah guna rumah orang untuk buat penggambaran. Nak buat penggambaran di tempat yang canggih seperti KLCC tidak boleh sebab sewanya mahal. 

“Sebab itulah drama kita balik-balik asyik guna tempat dan tema yang sama. Semua ini sangat menyedihkan dan sampai bila kita hendak berhadapan situasi sebegini,” soalnya. 

Jelas Jurey lagi, kertas cadangan sudah pun dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MOF) dengan mengemukakan matlamat menubuhkan sebuah perkampungan filem seperti mana di Korea Selatan dan China. Kami juga telah merangka pelan dan hala tuju jangka panjang untuk membangunkan industri kreatif hiburan. 

“Saya mahu jelaskan di sini bahawa apa yang cuba diusulkan ini tidak sama dengan apa yang ada di Pinewood sebelum ini. Pinewood lebih tertumpu kepada sistem studio tertutup. Sedangkan perkampungan filem yang cuba kita usulkan ini mempunyai set penggambaran di luar dan di dalam studio beserta dengan kelengkapan pos produksi. 

“Saya pernah melawat Shanghai Film Park dan Hengdian World Studios di Shanghai yang merupakan perkampungan filem terbesar di dunia. Studio Hengdian memiliki keluasan 95 km persegi dan  dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur yang diperlukan untuk menghasilkan atau menerbitkan sesebuah  drama atau filem termasuk mempunyai set zaman dinasti dan kota lama Hong Kong. 

“Dengan peruntukan sebanyak RM350 juta, saya anggarkan perkampungan filem Malaysia haruslah memiliki keluasan kira-kira 100 ke 150 hektar dan set-set luar studio boleh dibangunkan mengikut beberapa fasa iaitu pra-merdeka, awal Merdeka (zaman British) dan zaman sekarang. 

“Kalau ada set-set seperti ini, mudah kita buat penggambaran filem-filem berkaitan zaman Kesultanan Melaka mahu pun filem perang dan kemerdekaan. 

“Saya harap kerajaan akan dapat melihat perkara ini sedalam-dalamnya dan saya mahu cabar mereka dengan usul ini jika mereka benar-benar mahu membangunkan ekosistem industri kreatif hiburan,” katanya. - Getaran, 5 Oktober 2021

Gambar: Facebook Jurey Rosli

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelan Tindakan Fasa Pertama Tangani Isu Industri Kreatif Mula Suku Ketiga Tahun Ini

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

MDEC Salur RM7.2 Juta Geran Kepada 34 Penggiat Industri Kreatif Tahun Ini - Fahmi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Dana Sektor Kreatif Perlu Dilaksanakan Walaupun Berlaku Perubahan Kerajaan - Komposer Azmeer

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Bajet 2023: Industri Kreatif Terima RM177 Juta

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Muzik 4 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.