web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Industri Kreatif Sumbang RM29.4 Bilion Kepada KDNK Pada 2019

Industri kreatif menyumbang 1.9 peratus atau RM29.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2019.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 3:09PM

Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Industri kreatif menyumbang 1.9 peratus atau RM29.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2019, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui agensinya sedang giat melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan sumbangan industri kreatif kepada KDNK.

Beliau berkata agensi seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), MyCreative Ventures dan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) giat melaksanakan pelbagai program dalam bentuk kemudahan pembiayaan, pembangunan kapasiti, akses serta promosi.

"Bagi kategori filem, FINAS menyediakan pelbagai program menerusi Dana Kandungan Digital (DKD) seperti Dana Mikro Daya Kreatif dan Inisiatif, Borneo Pitch, Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) dan lain-lain untuk membantu syarikat-syarikat produksi menghasilkan kandungan kreatif merangkumi drama, filem, dokumentari, cereka pendek dan sebagainya.

"FINAS turut menyediakan Pakej Insentif Tayangan di bawah Skim Wajib Tayang yang berperanan untuk merangsang pertumbuhan sektor pengedaran dan pameran melalui galakan bagi filem-filem tempatan menerusi Skim Wajib Tayang," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.

Zahidi menjawab soalan Senator Rita Sarimah Patrick Insol yang ingin tahu mengenai jumlah sumbangan industri kreatif kepada ekonomi negara dalam tempoh tiga tahun lepas dan rancangan kerajaan meningkatkan sumbangan industri kreatif kepada KDNK.

Selain itu, beliau berkata MyCreative Ventures dan CENDANA pula melalui program seperti Creative Business Revival Loan, Program Pilihan Industri Seni Kraf, Program Pembiayaan Seni Visual, Program Pembiayaan Muzik Independen dan lain-lain turut memperkasa ekonomi seni persembahan, seni visual dan kraf.

Beliau berkata KKMM amat komited dan giat membangunkan industri kreatif pasca pandemik COVID-19 dengan merancang langkah serta strategi baharu selaras dengan pendekatan normal baharu dan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa melalui Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) serta Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

"Sehubungan itu, sebagai langkah awal kementerian sedang mengenal pasti sektor yang giat berkembang dan berupaya menjadi penggerak pertumbuhan baharu dalam menyumbang kepada pencapaian ekonomi berpendapatan tinggi negara seperti filem, kandungan kreatif digital seperti animasi, permainan digital dan lain-lain," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Reformasi MITRA Berjaya Dilaksanakan Di Bawah Kepimpinan Anwar - Ramanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dewan Negara Lulus Usul Kajian Separuh Penggal RMK12

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' Tidak Pernah Diguna Dalam Peruntukan Angkat Sumpah

4

Semasa 3 tahun yang lalu

KDNK Terengganu Tahun Lalu Ke-5 Tercorot — Khairuddin

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa