web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2023: Industri Kreatif Terima RM177 Juta

Beberapa jenis dana telah diperuntukkan untuk penggiat seni tanah air dalam pembentangan Bajet 2023 terutamanya untuk industri perfileman.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 7:54PM

Dana khas disediakan untuk fIlem berunsur patriotik seperti Mat Kilau arahan Syamsul Yusof. - Gambar dari Instagram Syamsul Yusof

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebentar tadi Bajet 2023 telah pun dibentangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang  bertempat di Dewan Rakyat.

Pembentangan ini semestinya dinanti-nantikan segenap lapisan masyarakat tidak terkecuali dalam kalangan penggiat industri kreatif tanah air.

Apa yang menarik, dalam pembentangan bajet kali ini, ia lebih  tertumpu kepada industri perfileman khususnya filem bergenre patriotik dengan menyediakan Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (DEKAN) sebanyak RM50 juta.

Barangkali ini adalah susulan daripada kejayaan filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof yang berjaya meraih kutipan RM100 juta ringgit di pawagam dan ia juga turut ditayangkan di platfrom OTT.

Seperti mana ucapan Tengku Zafrul, penerbitan filem berunsur patriotik sentiasa menambat hati rakyat. Bermula dengan karya seni Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan yang digarap hebat, hinggalah ke filem Ola Bola dan Mat Kilau, semuanya memberi impak dalam mencambahkan benih cinta rakyat kepada negara.

“Kejayaan Mat Kilau dengan kutipan tertinggi dalam sejarah pastinya mendorong lebih ramai pengkarya menerbitkan filem seperti ini.

“Maka, kerajaan akan menyediakan RM50 juta sebagai Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (DEKAN) bagi memacu industri kreatif tempatan.

“Kerajaan juga menyediakan Dana Kandungan Digital berjumlah RM102 juta bagi memasarkan produk penggiat seni dan menggalakkan penghasilan lebih banyak karya kreatif dan malar segar.

“Bagi menyokong penggiat industri mencipta kandungan kreatif berkualiti tinggi, sumbangan kepada Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah FINAS akan diberi potongan cukai.

“Kerajaan juga bersetuju mengecualikan duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran,” katanya.

Dalam pada itu, pembentangan Bajet 2023 ini juga tidak meminggirkan seni warisan dan budaya dengan peruntukan sebanyak RM25 juta ringgit.

“Malaysia amat kaya dengan seni dan budaya. Bagi mengelakkan khazanah seni menjadi lapok dan ditelan zaman apabila tiada lagi anak bangsa mewarisinya, kerajaan akan mempergiat Program Merakyatkan Seni, Budaya dan Warisan di peringkat akar umbi dengan peruntukan RM25 juta,” ucapnya. - Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN