web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MDEC Salur RM7.2 Juta Geran Kepada 34 Penggiat Industri Kreatif Tahun Ini - Fahmi

Antara contoh pencapaian yang membuahkan hasil daripada pemberian geran tersebut adalah kejayaan siri animasi tempatan Mechamato yang baru-baru ini mencipta sejarah selepas disenaraikan antara tiga tempat teratas di Anugerah Festival Anime Tokyo 2023.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 4:08PM

Siri animasi popular Mechamato terbitan Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta), sebuah syarikat animasi tempatan merupakan salah satu penerima Geran Kandungan Digital MDEC - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM7.2 juta geran telah disalurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kepada 34 penggiat industri kreatif tempatan pada tahun ini bagi membangunkan industri tersebut, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. 

Beliau berkata, antara contoh pencapaian yang membuahkan hasil daripada pemberian geran tersebut adalah kejayaan siri animasi tempatan Mechamato yang baru-baru ini mencipta sejarah selepas disenaraikan antara tiga tempat teratas di Anugerah Festival Anime Tokyo 2023. 

Siri animasi popular itu adalah terbitan Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta), sebuah syarikat animasi tempatan yang merupakan salah satu penerima Geran Kandungan Digital MDEC.

“Saya difahamkan Mechamato juga adalah satu-satunya siri dari Malaysia yang tercalon dalam senarai Top 10 (10 tempat teratas) di anugerah festival tersebut.

“Ini membuktikan bahawa hasil karya animasi Malaysia adalah bertaraf dunia dan kerajaan akan terus komited dalam memberi sokongan yang berterusan untuk memperkasakan lagi industri ini di bawah agenda ekonomi digital negara,” katanya dalam ucapan beliau pada majlis perasmian Malaysia Digital Content Festival 2022 (MYDCF 2022), di sini, hari ini. 

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek.

Fahmi berkata industri kreatif dan kandungan digital telah memberikan impak yang besar terhadap ekonomi digital Malaysia dan berjaya mengeksport bakat tempatan yang diiktiraf dunia. 

Menurutnya, ramai bakat tempatan kini berkarya dengan studio animasi dan permainan antarabangsa dan berkhidmat dengan studio terkemuka di Hollywood. 

Beliau berkata apa yang lebih membanggakan adalah anak-anak Malaysia yang telah berkhidmat di luar negara, kini kembali ke tanahair demi menyuburkan lagi ekosistem kreatif dan kandungan digital tempatan.

Dari sudut penghasilan harta intelek (IP), Fahmi berkata, Malaysia seharusnya berbangga apabila permainan berjudul ‘Gigabash’ yang kini mendapat perhatian pemain antarabangsa telah dihasilkan di Malaysia oleh anak tempatan menerusi Passion Republic Games.

Mengenai pasaran industri kreatif dan kandungan digital terutamanya pasaran permainan video, beliau berkata industri berkenaan diunjurkan memberi pulangan sehingga RM977.8 bilion di peringkat global menjelang hujung tahun 2022. 

“Menerusi saiz dan potensi dalam industri ini, saya yakin dan percaya Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi MDEC akan terus melipat gandakan usaha dalam menarik pelaburan asing ke dalam negara bagi menyemarakkan lagi ekosistem tempatan.

“Usaha berterusan untuk menarik pelaburan dalam industri kreatif dan kandungan digital ini telah menghasilkan kerjasama antara ekosistem tempatan dengan pemain industri dan pelabur antarabangsa seperti Larian Studios, Bandai Namco, Xsolla dan Omens Studio,” katanya. 

Beliau berharap agar akan ada banyak lagi usaha sama dimeterai antara pihak berkaitan pada masa hadapan. 

MYDCF 2022 yang diadakan serentak dengan acara Comic Fiesta akan berlangsung selama dua hari mulai hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan dijangka menarik lebih 40,000 pengunjung dari seluruh Malaysia. - Bernama

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

17 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa