web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Kami Pun Ada Keluarga Nak Bagi Makan,” Apa Nasib Kru Belakang Tabir?

Kebanyakan mereka dibayar ikut hari dan projek, apa yang akan jadi kepada nasib penggiat seni jika pandemik ini terus berlarutan?

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 2:53PM

Gambar hiasan. Gambar: Le Minh, Pexels.

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bila bercakap tentang industri kreatif, ramai yang  sekadar memberi tumpuan kepada penyanyi dan pelakon. Sedangkan di belakang mereka ada ratusan lagi kru dan penggiat seni yang selama ini bekerja hanya kais pagi makan pagi. Bila ada projek, adalah duit. Kalau tiada, nak makan apa?

Bayangkan pergelutan hidup yang terpaksa mereka hadapi sejak pengumuman larangan aktiviti kesenian dan penggambaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. Lebih mencemaskan, tidak ada seorang pun yang tahu sampai bilakah situasi mencengkam ini akan terus berpanjangan. 

Di tengah ketegangan kemelut yang melanda, mujurlah penggiat seni yang cakna mula menggunakan laman sosial masing-masing melancarkan kempen Solidariti Industri Kreatif. Gagasannya jelas, nasib anak seni belakang tabir ini perlu diperjuangkan. Idham Mad Din yang juga merupakan pengarah fotografi antara yang dilihat lantang menyuarakan isu ini.

“Saya sekadar mewakili suara mereka yang tidak didengari. Jika tidak disuarakan, makin ramai yang akan tertekan, mengalami kemurungan (depression) dan anxiety. Sudah pun kita dengar kes seorang pengarah yang bunuh diri kerana tekanan PKP ini. 

“Seperkara lagi, tidak semua orang dalam industri kreatif arif dengan perkembangan teknologi. Pekerja industri kreatif ni terdiri dari pelbagai lapisan umur. Jika yang muda-muda rasanya tiada masalah untuk memohon bantuan atau dana yang diberikan dari agensi kerajaan atau swasta. 

“Tapi bayangkan kru filem yang umurnya hampir 50 tahun, anak ramai dan hanya bidang inilah mata pencariannya sejak muda. Sememangnya agak sukar untuk mereka  beralih bidang dan melakukan sesuatu di luar kebiasaan mereka,”  katanya ketika dihubungi Getaran. 

Gambar: Le Minh, Pexels
Gambar: Le Minh, Pexels

 

Cari cara teruskan hidup

Terdapat juga pekerja belakang tabir yang memang datang daripada jurusan seni di universiti. Ada di antara mereka yang sudah mula menapak dalam industri ini dengan bekerja sebagai juruteknik mahupun pakar dalam pembikinan iklan. Namun, di saat pandemik ini, mereka semua terus bertukar bidang demi memastikan kelangsungan hidup mereka.

“Ada yang terpaksa menjadi pengawal keselamatan, meniaga makanan dan menjadi pemandu e-hailing. Mereka semua sedang berusaha untuk hidup. Tapi, bagaimana pula dengan nasib kru yang lain? Itu belum lagi nasib syarikat produksi yang terpaksa gulung tikar,” tambahnya.

 

Kata sepakat

Menurut Idham lagi, bantuan makanan dan kewangan sahaja tidak mencukupi untuk menjamin perut mereka terisi. Perlu ada perancangan dan penyelesaian lebih tuntas untuk menangani isu ini. 

“Saya rasa FINAS hendaklah bekerjasama dengan semua persatuan, tidak kisahlah yang berdaftar dengan MyCAP atau tidak. Kita hendaklah sepakat mencari jalan penyelesaian bagi semua penggiat seni sama ada filem, penyiaran, teater, animasi, muzik, fotografi dan lain-lain.

“Hentikan dulu sengketa dan ideologi kepentingan masing-masing. Cukuplah persatuan filem di negara kita risaukan hal yang tidak perlu dirisaukan di saat genting ini.

Idham mengakui ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan suara penggiat seni untuk kembali bekerja. Namun, suka atau tidak. Apabila perkara sudah melibatkan periuk nasi keluarga, ia tetap perlu diperjuangkan.

“Benar kami bukan essential services. Namun kami juga manusia seperti anda. Kami juga punya keluarga, suami, isteri, anak serta mak bapa yang perlu kami sara. 

“Bukan itu sahaja, tidak ada satu pun kluster wujud dari pihak kami setakat ini. Kami patuh setiap SOP yang ditetapkan malah setiap lokasi disanitasi sebelum dan selepas diguna pakai. 

“Selain itu pendaftaran Mysejahtera dan bacaan suhu turut ditempatkan di setiap lokasi penggambaran bagi memudahkan rekod pergerakan.

“Saya juga memohon pendapat saya diperhalusi dan dipertimbangkan oleh pihak FINAS dan juga Majlis Keselamatan Negara. Kadar survival kami semakin merosot dan ia bergantung di tangan tuan-tuan,” katanya menamatkan temu ramah. - Getaran, 8 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 4 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.