web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sahih! CEO FINAS Dr. Ahmad Idham Letak Jawatan

Dr. Ahmad Idham telah menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai CEO FINAS dalam mesyuarat Perbadanan Khamis lalu.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 1:58PM

Dr. Ahmad Idham di majlis 'Jasamu Dikenang' pada tahun 2020. Gambar: Finas.gov.my

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bakal kehilangan Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri buat kali kedua apabila beliau bakal meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid ketika dihubungi portal Getaran mengakui, Ahmad Idham telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai CEO FINAS dalam mesyuarat Perbadanan, Khamis lalu.

“Ahli Perbadanan bersetuju untuk melepaskan Ahmad Idham dan menyokong penuh perjalanan kerjaya beliau seterusnya nanti.

“Surat tentang keputusan Perbadanan ini akan segera dikemukakan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa untuk kelulusan akhir,” katanya.

Ahmad Idham pertama kali dilantik menjadi CEO pada 11 Mac 2019. Namun, pada 9 Disember tahun yang sama, beliau meminta untuk dipendekkan perkhidmatannya kepada 10 Mac 2020.

Ahmad Idham kembali semula menjadi CEO FINAS pada 5 Jun 2020. - Getaran, 12 September 2021

Isu Pada

Tony Eusoff Dan Zizi Kirana Terus Mara Ke Hadapan

11 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Tegas Tidak Letak Jawatan, Tekad Pacu Pembangunan Negara

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Sheikh Hasina Letak Jawatan, Larikan Diri Dengan Helikopter Tentera

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa