web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Tegas Tidak Letak Jawatan, Tekad Pacu Pembangunan Negara

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2025 9:49PM

Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAYAN LEPAS - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali meletakkan jawatan seperti didesak oleh segelintir pihak, selagi tidak terbabit dengan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menegaskan beliau berpegang teguh kepada pendirian tersebut dan akan terus fokus menjalankan amanah untuk membangunkan rakyat serta negara.

"Insya-Allah saya tidak turun, kalau saya curi duit orang suruh turun, tak apalah. Tapi saya tidak curi duit orang.

"Saya jadi Perdana Menteri hampir tiga tahun, mana ada kontrak (projek) kita bagi secara rundingan terus, semuanya melalui proses tender," katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Kompleks MADANI Teluk Kumbar, dekat sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming; Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk A. Rajendran.

Anwar berkata sekiranya pembangkang mempunyai cukup sokongan, mereka boleh membawa usul di Parlimen mengikut saluran demokrasi sedia ada.

"Gunakan Parlimen, kritiklah. Kalau dia (pembangkang) ada cukup jumlah, dia bawa usul, itu caranya.

"Tariklah mana-mana Ahli Parlimen untuk sokong mereka. Kalau saya kalah, saya letak jawatan secara baik. Itu cara aman," katanya.

Dalam rangka lawatan kerja sehari ke Pulau Mutiara, Anwar turut menegaskan Kerajaan MADANI pimpinannya sedang bekerja keras untuk membangunkan negara termasuk menangani masalah kos sara hidup.

Katanya pelbagai inisiatif sedang dilaksana termasuk peningkatan gaji minimum, bantuan kepada pesawah miskin, peluasan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penambahan perumahan mampu milik untuk golongan B40 serta penambahbaikan skim gaji penjawat awam.

Beliau mengakui tidak mampu menyelesaikan semua permasalahan negara dalam tempoh singkat, namun kerajaan sedang berusaha sebaik mungkin demi kesejahteraan rakyat.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan tambahan RM5 juta bagi pembangunan Daerah Barat Daya tahun ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad