web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2024 8:05AM

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada artis veteran, Datuk Jeffrydin ketika hadir pada Majlis Iftar Ramadan sempena Hari Seniman di Dataran Karyawan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Hulu Klang, malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menjalin kerjasama berkaitan kebajikan penggiat seni di negara ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan ditandatangani April ini, ia bakal memanfaatkan hampir 5,000 penggiat industri kreatif.

"Sukacita saya ambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa dalam bulan April ini, pihak PERKESO dan juga FINAS akan menandatangani MoU untuk memastikan aspek keselamatan sosial dapat diterapkan dalam beberapa perkara melibatkan FINAS bagi menjamin keselamatan sosial para seniman dan juga mereka yang terlibat dalam aktiviti penggambaran.

"Ini adalah langkah positif yang kita harap akan dapat membantu memastikan sekiranya apa-apa berlaku kepada pelakon dan kru maka setidak-tidaknya ada beberapa perkara asas yang dapat dibantu untuk para seniman," katanya.

Fahmi berkata, pihaknya sedar mengenai aspek keselamatan sosial waktu bekerja yang sering kali tidak dibincangkan.

"Kita ambil maklum mereka yang terlibat dalam bidang kreatif seperti penggambaran, perfileman, sebagai pelakon ataupun mereka yang bekerja di sebalik tabir, sifat kerja itu adalah separuh masa sepanjang masa. Jadi ada beberapa perkara yang sedang diteliti.

"Saya harap selepas ini akan ada beberapa pengumuman baik yang boleh kita berikan terutama untuk para seniman.

"Kita sedang teliti juga untuk wartawan yang melakukan tugasan secara separuh masa yang disebut sebagai pemberita sambilan. Itu pada hari lain," katanya pada Majlis Iftar Ramadan sempena sambutan Hari Seniman 2024 anjuran FINAS di sini, semalam.

Fahmi turut mengulas cadangan beberapa penerbit supaya artis yang mempunyai masalah sikap dan terpalit isu moral dikenakan tindakan disiplin dengan digam daripada muncul di televisyen.

Beliau berkata penerbit boleh berbuat demikian, namun di pihak kerajaan, tindakan itu kurang sesuai dengan situasi semasa.

"Harapan saya kita tidak perlu sampai ke tahap perlu gam seperti yang kita pernah lihat dulu. Itu bagi saya tahun 80-an, 90-an sesuai.

"Saya lihat kita kena cari jalan yang lebih murni dan sesuai dengan zaman sekarang," katanya.

Terdahulu, Fahmi menyerahkan sumbangan kepada 50 penggiat industri seni tanah air merangkumi filem, televisyen, muzik, penulisan dan seni lukis.

Sumbangan itu hasil kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam, Yayasan Felda, Yayasan Angkasawan Negara, Koperasi Al-Najah, Eco Marine Group Berhad dan AHB Holding Berhad.
BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 minit yang lalu

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 minit yang lalu

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 38 minit yang lalu

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

oleh Sophia Ahmad