web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2024 8:12PM

Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Kamil Othman ketika berucap merasmikan Malaysian Indian Creative Awards (MICA), baru-baru ini. gambar FB FINAS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berharap filem Malaysia berkembang merentasi sempadan etnik, kata Pengerusi FINAS, Datuk Kamil Othman.

Beliau berkata, adalah penting usaha yang kolektif ke arah mewujudkan landskap sinematik dengan setiap kisah dihasilkan menjadi cerita Malaysia yang menekankan perpaduan dalam kepelbagaian.

"FINAS menantikan filem yang benar-benar bercirikan Malaysia supaya tiada pihak membezakan antara filem Tamil yang dihasilkan pembikin berbangsa Tamil, filem Melayu oleh orang Melayu atau filem Cina daripada pembuat filem Cina.

"Baru-baru ini kita menyaksikan tayangan perdana filem Kantonis yang diarahkan oleh pengarah Melayu. Beberapa tahun lepas, kita ada pengarah Cina yang membuat filem Melayu dan apabila kita melihat pada zaman awal filem Melayu, ia diarahkan oleh orang India, jadi kita mahukan lebih banyak usaha seperti ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Malaysian Indian Creative Awards (MICA) kali ketiga di sini, Khamis lalu.

Merujuk kepada pembikin filem dan pelakon ikonik Malaysia Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Kamil berkata, bintang legenda itu mendapat inspirasi daripada sumber asal dalam industri filem Tamil Nadu.

Kamil turut membayangkan usaha bersatu untuk mengukir hala tuju filem Malaysia baharu yang meraikan penceritaan tanpa membezakan latar belakang etnik pembikin filem berkenaan.

Beliau berkata, industri filem India Malaysia turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, terutamanya melalui pelancongan, pengangkutan dan peluang pekerjaan, dan menyatakan kepentingan filem tempatan merangkumi pelbagai elemen budaya.

"Saya perhatikan, filem-filem dan gambar-gambar tempatan semua dah ada ciri-ciri daripada pelbagai kaum dan inilah satu arah yang kita perlu untuk mengembangkan lagi industri perfileman kita di sini," katanya.

Industri filem India Malaysia menurut Kamil, bukan sahaja meningkatkan reputasi negara di peringkat global termasuk Singapura, India dan baru-baru ini di negara Eropah, tetapi juga menyediakan peluang kepada bakat tempatan bekerjasama dengan artis antarabangsa, sekali gus memperkukuh integriti industri filem dan hiburan Malaysia.

Beliau berkata, pengiktirafan terhadap industri filem India Malaysia sejak 1960-an, telah melahirkan bakat dan tokoh legenda seperti Tan Sri L. Krishnan yang digelar sebagai bapa industri filem Melayu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Filem Tempatan Banyak Potensi, Kena Berani Cuba Yang Baharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Dibuli, Suspek Tikam Pelajar Di Banting Simpan Rasa Tidak Puas Hati

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

‘Keluarlah Mengundi, Ulangi Sejarah 2018, Ubah Landskap Politik Johor’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Rugi RM183,100 Diperdaya Sindiket Love Scam

oleh Amirah Abu Bakar